`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 30, 2017

Ahli politik didedah sebagai dalang pelacuran remaja Melayu di Melaka

PEMIMPIN United Malay National Organization (Umno), Mohamed Mustafa yang sebelum ini didakwa di mahkamah Ayer Keroh kerana positif dadah jenis Methamphetamine, dilapor mendedahkan dalang pelacuran remaja Melayu yang berlaku di Melaka.

Beliau yang merupakan Naib ketua Umno Bahagian Bakri Muar mendakwa sindiket pelacuran itu didalangi seorang ahli politik berpangkat 'datuk seri'.


Menurutnya, seorang wanita didakwa menjadi dalang bagi sindiket pelacuran kelas atasan yang berlaku di Melaka itu. 

Wanita berusia 40 tahun itu dakwanya ada kaitan dengan aktiviti melacur remaja perempuan di sekitar Melaka dengan menyasarkan golongan VIP sebagai pelanggan.

Mohamed Mustafa mendakwa, wanita tersebut memberitahunya sendiri bahawa kegiatan ini membabitkan remaja perempuan seawal usia 14 tahun yang dilatih untuk menjadi pelacur kelas atasan.

Bayaran yang diterima oleh pelacur-pelacur ini pula adalah sekitar RM2,000 hingga RM5,000 untuk satu malam. Sindiket itu juga dipercayai licik di dalam memujuk remaja berbangsa Melayu menyertai mereka dengan dijanjikan kemewahan.

Tambahnya lagi, ada di antara remaja yang dilacurkan itu dipaksa merakam aksi seks mereka untuk dijual. Beliau berharap agar pendedahannya itu dapat perhatian dan disiasat oleh pihak berwajib.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.