`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 30, 2017

HARGA IKAN NAIK LAGI?

BATU PAHAT – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga ikan sepanjang Ramadan ini dan menjelang perayaan Aidilfitri.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Perikanan pada Selasa bagi membincangkan bagaimana untuk menstabilkan harga ikan khususnya di pasar tani.
“Saya menerima maklum balas daripada nelayan terutama di perairan Selat Melaka, walaupun cuaca baik, namun lautan bergelora menyebabkan tangkapan ikan terjejas.
“Dari segi pendaratan ikan, mengikut data Mac hingga September sepatutnya hasil tangkapan meningkat. Tetapi hari ini, bila nelayan di tengah laut, terdapat angin kencang yang tidak menentu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai kepada 601 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Batu Pahat di sini pada Isnin.
Anggota Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau meminta Nekmat supaya bersiap siaga bagi menghadapi situasi harga ikan yang tidak menentu memandangkan terdapat trend permintaan ikan yang tinggi daripada pengguna.
– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.