`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Friday, May 12, 2017

Blogger Umno Dedah Rahsia Haji Hadi?


Blogger Umno Dedah Rahsia Haji Hadi? Pada hari Umno menyambut ulang tahun ke-71 semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak, menurut sumber yang memberitahu perkara itu kepada FMT.

Bagaimanapun, sumber dalaman PAS ketika ditanya mengenai perkara itu tidak dapat mengesahkan pertemuan 2 presiden parti terbesar berteras Melayu itu berlaku.

Blogger Umno Dedah Rahsia Haji Hadi? “Tak pasti. Saya difahamkan Ayah Chik berada di hospital,” katanya, merujuk Hadi dengan panggilan mesra di kalangan penyokong kuatnya.

Sumber juga tidak dapat memastikan sama ada pertemuan itu diadakan di pejabat Najib di Putrajaya.

Ia turut dilaporkan seorang blogger Umno, yang berkata pertemuan “empat mata” antara Hadi dan perdana menteri itu berjalan selama 45 minit di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

“Harap Najib Razak akan umumkan hasil perbincangan itu malam ini sempena Umno 71 tahun. Mungkin biduk lalu, kiambang bertaut, sirih pulang ke ganggang,” kata Zaharin Mohd Yasin dalam catatan Facebook semalam.

Pertemuan itu, sekiranya benar berlaku, dilihat signifikan kerana diadakan beberapa jam sebelum Majlis Syura PAS memberikan lampu hijau memutuskan hubungan dengan PKR seperti mana didesak perwakilan pada muktamar yang baru berlalu di Kedah.

Blogger Umno Dedah Rahsia Haji Hadi?


Keputusan semalam oleh Majlis Syura, badan didominasi “ulama” PAS dan mempunyai kuasa tertinggi dalam hala tuju parti, sekaligus mengakhiri kerjasama PAS selama hampir 18 tahun dengan PKR, sejak kelahiran parti itu sebagai Parti Keadilan Nasional pada 1999.

Sebelum ini, spekulasi timbul PAS dan Umno akan bergabung untuk mentadbir Selangor. Bagaimanapun, gandingan wakil rakyat PAS dan Umno masih belum mampu memberikan jumlah kerusi yang diperlukan untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Malam tadi, dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil, Najib meraikan hubungan mesra Umno dan PAS dengan memetik kata-kata Hadi yang menyifatkan kerjasama mereka sebagai “amalan politik matang”.

“Politik antara kita tidak berkelahi, sebaliknya politik utamakan kepentingan bersama.

“Hadi turut kata dalam politik boleh beza pendapat, tapi isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara kena bersatu dan bersama,” katanya di hadapan kira-kira 100,000 yang hadir.

Blogger Umno Dedah Rahsia Haji Hadi?


Sementara itu, sumber dalaman PAS berkata walaupun ahli PAS menyambut baik kenyataan Azmin supaya PAS kekal di dalam kerajaan Selangor sehingga akhir penggal, ia mungkin terlewat disebabkan tindak tanduk beberapa pemimpinnya, seperti Naib Presiden Rafizi Ramli, yang menyerang PAS.

“Dengan cara sebahagian pimpinan PKR menyerang PAS bersama DAP, PKR usahlah bermimpi bahawa PAS akan terus bersamanya.

“PAS ini bukan parti politik yang biasa… kemenangan politik bukan matlamat utama, ia cuma sampingan asalkan perjuangan mereka tercapai,” kata sumber yang rapat dengan pimpinan PAS itu. - fmt

No comments:

Post a Comment