`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 15, 2017

BUKIT AMAN BAKAL DIROMBAK?

IPOH – Rombakan secara besar-besaran dijangka berlaku di Bukit Aman susulan penahanan 16 anggora polis termasuk empat pegawai kanan berhubung siasatan sindiket dadah.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim selepas beliau mengesahkan bahawa anggota polis yang terlibat didapati memberi maklumat operasi pihak berkuasa kepada sindiket.
“Mana-mana anggota polis atau pegawai yang didapati bersekongkol dengan sindiket jenayah akan dihukum,” kata beliau pada Isnin.
Antara pegawai polis yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 termasuk anggota berpangkat timbalan superitenden (DSP) dan seorang inspektor.
Anggota polis terlibat, ada di antaranya bertugas dalam Jabatan Narkotik, dipercayai melindungi sindiket jenayah atas kepentingan tertentu.
Pada 13 Mei lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan itu merupakan ialah sebahagian Operasi Kabaddi untuk menentang amalan korupsi dalam pasukan polis.
“Ya, saya mengesahkan kita memulakan satu operasi khas untuk membersihkan PDRM daripada penyangak polis.
“Saya sudah memberikan amaran yang polis tidak akan berkompromi dalam perjuangan menentang jenayah. Kita juga tidak akan melindungi sesiapa sahaja, termasuk orang kita sendiri,” kata beliau.

– Mstar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.