`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 10, 2017

Datuk Yusuf Soros Didakwa Songlap RM19 Juta

Datuk Yusuf Soros Didakwa Songlap RM19 Juta. Bekas pegawai khas Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini terhadap 15 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram bernilai RM19.39 juta antara Februari hingga September tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Yusof Abu Hassan (gambar kiri), 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Datuk Yusuf Soros Didakwa Songlap RM19 Juta.  Tertuduh berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, selepas didakwamelakukan pecah amanah berjumlah RM11.2 juta sekitar Februari hingga Ogos tahun lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau maksimum 20 tahun penjara dengan sebatan dan denda.

Manakala bagi 11 pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001 (Akta 613) membabitkan jumlah bernilai RM8.19 juta.

Kesalahan itu dilakukan antara Mac hingga September tahun lalu di sekitar daerah Melaka Tengah.

Datuk Yusuf Soros Didakwa Songlap RM19 Juta


Bagi pertuduhan itu, dia berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afzainizam Abdul Aziz mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM3 juta untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah, termasuk dengan syarat tambahan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM.

Peguam Azrul Zulkifli Stork kemudian memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan lebih rendah dengan alasan tertuduh mempunyai tanggungan ramai iaitu seorang isteri, lapan anak yang masih belajar, seorang ibu yang uzur serta menjadi majikan kepada adik-beradiknya.

Azrul berhujah, permohonan jaminan rendah juga disebabkan kesemua aset tertuduh, isteri dan anak sudah dibekukan selain memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.

Datuk Yusuf Soros Didakwa Songlap RM19 Juta.  Norma kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1.6 juta dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah, termasuk dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.


Mahkamah menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. - metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.