`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 18, 2017

‘Faktor Mahathir’ tidak lagi kuat di Felda?

Pelbagai bantuan tunai oleh Umno untuk peneroka Felda nampaknya menjadikan peneroka kekal membantu BN kembali berkuasa.
VIDEO INSIDE
mahathir-feldaHULU SELANGOR: Pilihan raya umum ke-14 perlu diadakan dalam masa setahun daripada sekarang, dan gabungan 4 parti di bawah Pakatan Harapan kini giat menumpukan kawasan Felda, yang dianggap “deposit tetap” yang memastikan kemenangan Barisan Nasional selama berdekad.

Kali ini, pembangkang memiliki personaliti dalam bentuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan ia seakan-akan memberikan peluang lebih cerah untuk mendapatkan sokongan di kalangan warga Felda yang amat penting sekiranya mahu menawan Putrajaya.
Daripada 52 kerusi Parlimen di kawasan Felda, 9 kerusi yang dimenangi BN adalah daripada sokongan peneroka.
Empat daripada kerusi itu, iaitu Bera, Bentong, Segamat dan Tanjung Malim, dimenangi ahli Kabinet persekutuan.
Tetapi benarkan individu seperti Dr Mahathir, yang satu masa dulu mendominasi politik Malaysia selama 2 dekad, masih boleh menarik sokongan daripada “deposit tetap” BN ini?
Pemimpin peneroka di Felda Gedangsa dan Soeharto, Hulu Selangor, merasakan “faktor Mahathir” di Felda tidak sekuat dulu, sekurang-kurangnya di penempatan mereka.
Ketua Peneroka Felda Gedangsa, Sahrom Hashim, berkata, pengaruh Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM, hanya 10% di kawasan yang diketuainya.
Manakala Ketua Peneroka Felda Soeharto, Abdul Halim Sajim, pula berkata pengaruh Dr Mahathir tidak lagi hadir di kawasannya.
“Orang-orang muda di sini pun kurang (menyokong Dr Mahathir),” katanya.
Data pilihan raya 2013 menunjukkan peneroka Felda mengundi memihak kepada BN bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN.
Sokongan paling rendah di kalangan peneroka Felda kepada BN adalah di Kelantan, di mana sokongan pada peringkat Parlimen adalah pada 59% dan sokongan di peringkat DUN adalah pada 58%.
Di negeri lain, tahap sokongan adalah pada 63% dan ke atas, termasuk di Pahang, dengan yang tertinggi di Johor, di mana hampir 90% undi peneroka Felda mengundi BN.
Pelbagai bantuan tunai
Sahrom dan Halim mengakui Felda merupakan “deposit tetap” memberikan kemenangan untuk BN.
Inilah sebabnya, kata Sahrom, pembangkang mula menumpukan kawasan Felda dalam ceramah mereka.
“Sebab itu saya bagi tahu kepada penduduk di sini, kita kena ingat, orang yang (banyak) bagi (bantuan) kepada kita adalah daripada BN. Kita kena bersyukur apa yang ada,” kata penyokong kuat Umno itu.
“Jangan Melayu esok berdagang di tempat dia sendiri, Melayu papa kedana sebab nakkan perubahan,” katanya.
Menurut Halim, kawasan Felda banyak dibantu oleh BN.
“Kalau pendapatan peneroka tak cukup RM1,500, ditambahnya cukupkan RM1,500. Kadang-kadang orang luar tak tahu,” katanya.
Bantuan juga datang untuk pelbagai perkara lain.
“Contoh, kalau kita meninggal, kita memang tak dapat duit, isteri dapat RM10,000. bila dokumen cukup, dalam 2 bulan dapatlah RM3,000 awal untuk kebumi. Lepas tu RM7,000 akan bagi nanti,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.