`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Image result for Selamat Menyambut Awal Muharram 2017

Tuesday, May 9, 2017

ISLAM MERUPAKAN ANUTAN MAJORITI RAKYAT DI TANAH MELAYU


(Roslan SMS) – Dalam hangatnya tekanan dari pelbagai pihak agar pimpinan agama dapat menunjukkan solidariti, duduk bersama dalam keadaan aman dan tenang rupanya agenda untuk menolak dan mengawal Islam tetap berlangsung.
Akhbar The Star hari ini melaporkan usaha 20 orang pimpinan tertentu di Sabah dan Sarawak yang mengeluarkan surat terbuka menyeru agar rakyat di sana mengekal dan mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan menolak RUU 355 yang dibawa Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Mereka mendakwa Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara Persekutuan yang bersifat sekular.
Tambah mereka Islam sebagai “Agama Persekutuan” hanyalah bermaksud bagi tujuan majlis adat istiadat sahaja tidak lebih dari itu.
Benarkah begitu?
Benarkah Malaysia ini sebuah negara sekular? Negara yang memisahkan agama dengan urusan dan pentadbiran negara?
Benarkah Islam dalam Perlembagaan Persekutuan bermaksud Islam hanya untuk majlis-majlis rasmi sahaja?
Bagi saya surat terbuka ini menghina, merendah dan mencalarkan kedudukan dan imej Islam yang sebenar.
Islam merupakan anutan majoriti rakyat di Tanah Melayu. Ia diamalkan secara terbuka dan meluas zaman berzaman tanpa sedikit pun menganggu atau menafikan hak rakyat minoriti yang bukan Islam.
Rakyat minoriti yang bebas menganut dan mengamalkan agama mereka sendiri pun tidak langsung bimbang malah boleh menerima kehadiran Islam dan amalannya.
Ketika Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963 dulu, mereka akur dan boleh menerima hakikat ini.
Kenapakah kini dibakar api kebencian dan cuba diletak Islam dikandang orang salah mahu dihad dan dikawal?
Malaysia bukan sebuah negara sekular seperti UK atau Amerika Syarikat.
Raja-raja Melayu kita Ketua Agama Islam dan hak untuk menganut dan mengamal Islam sebagaimana bagi agama-agama lain termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Semua akur bahawa Islam punya kedudukan khas jika tidak istimewa dalam negara. Namun ia sedikit pun tidak menganggu hak dan kebebasan penganut yang lain.
Kerana itu kita ada Raja-raja Melayu, ada mahkamah syariah, adaal Tabung Haji, ada sekolah dan institusi pengajian agama Islam yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri. Kita mulakan upacara dan majlis dengan doa, kita laungkan azan di radio dan tv serta berbagai lagi.
Semua rakyat menerima itu. Mengapa kini mahu diadu domba mereka?
RUU 355 ini bukan undang-undang baru. Ia bukan hudud dan ia HANYA berkaitan dengan amalan penganut Islam sahaja.
Mengapa mahu dilaga-laga dan ditakut-takutkan rakyat?
Bagi saya mereka yang 20 inilah sebenarnya yang keliru dan mengelirukan. Mereka cuba memaksa umat Islam yang majoriti menerima versi mereka dan diugut pula tentang keahlian Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan.
Izinkanlah umat Islam mengamalkan agama mereka secara bebas sebagaimana jaminan diberikan pada bukan Islam untuk bebas mengamalkan agama merwka masing-masing.
Jangan mula dan menyalakan api kebencian.

1 comment:

  1. Saya Islam pun tentang RUU. Sorry la yea. I Tak ke jd Pak sanggup...RUU jadi I kuar Islam dan masih Amal Kan islam yg I Kenal bukan Islam Hadi mahupun u

    ReplyDelete