`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 17, 2017

Jangan salahkan setiausaha saya, kata Guan Eng kepada Penanti

Ketua menteri menyangkal Adun PKR Norlela Ariffin yang mendakwa tidak menerima undangan ke majlis angkat sumpah gabenor 29 April lepas
Dr-Norlela-Ariffin-lim-3GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas Adun Penanti Norlela Ariffin yang mendakwa tidak diundang ke majlis angkat sumpah gabenor hujung bulan lepas.
Guan Eng berkata dakwaan Norlela tidak betul dan memburukkan nama Setiausaha Kerajaan Datuk Seri Farizan Darus.
Norlela semalam mendakwa beliau tidak menerima undangan rasmi dari pejabat setiausaha kerajaan negeri ke majlis angkat sumpah 29 April lepas.
Norlela di Facebook berkata beliau menyangka majlis itu untuk exco dan orang penting yang ada jawatan.
Norlela menambah beliau tidak dapat hadir kerana diarah Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman untuk terus berada di konvensyen.
Guan Eng membekukan peruntukan suku tahunan khas berjumlah RM50,000 kepada Adun yang tidak menghadiri majlis angkat sumpah itu.
Guan Eng berkata peruntukan lain tidak dibekukan, tetapi mereka yang terkesan perlu memberikan penjelasan bertulis menjelaskan ketidakhadiran mereka.
Guan Eng tidak mahu mengulas dakwaan Norlela, dan menambah Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
“Jangan heret setiausaha kerajaan ke dalam hal ini. Setiausaha saya sangat profesional dan antara yang terbaik di negara ini.
“Beliau (Farizan) sudah menghantar jemputan itu. Jangan pertikaikan profesionalisme beliau. Saya sangat kecewa kerana dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Jangan burukkan setiausaha kerajaan; beliau melakukan kerja secara profesional.
“Kami ada semua bukti menunjukkan dia terima jemputan itu,” kata Guan Eng.
Norlela bagaimanapun bertegas tidak menerima sebarang suratu undangan.
“Mengapa pula saya nak tipu? Saya nak tahu adakah ia dihantar dengan tangan, surat atau apa?” katanya ketika dihubungi. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.