`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 17, 2017

PAS guna istilah Arab raih sokongan orang Melayu, kata Dr M

Bekas perdana menteri berkata ahli PAS sukar berubah kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka.
mahathir-pasPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyerang PAS, mendakwa parti itu pintar menggunakan agama dengan pelbagai istilah Arab bagi menghalalkan segala aktiviti politiknya.

Bekas perdana menteri itu memberi contoh istilah “tahaluf siyasi”, atau kerjasama politik, yang kerap digunakan pemimpin PAS untuk menyifatkan kerjasama dengan parti lain yang berbeza ideologi.
“Penggunaan bahasa Arab jelas bertujuan untuk menunjuk kerjasama PAS dengan parti kafir DAP diterima oleh agama Islam,” tulis pengerusi PPBM itu dalam catatan blog terkini.
“Tahaluf Siyasi hanya bermakna bekerjasama (pakatan) politik dalam bahasa Melayu atau ‘political cooperation’ dalam bahasa Inggeris. Ayat-ayat Al-Quran yang disebut dalam kertas Tahaluf Siyasi itu tidak menentukan kerjasama politik seperti itu halal atau tidak.”
Sambil memberikan sejarah ringkas PAS ketika berada dalam Barisan Nasional sehinggalah perkembangan terkini yang menyaksikan hubungan lebih mesra dengan Umno, Dr Mahathir berkata ahli PAS sentiasa taksub kepada pimpinan mereka dan ia menyukarkan usaha mengubah hala tuju parti itu.
“Mereka begitu taksub dengan pemimpin dan parti mereka sehingga dakwaan Nik Aziz bahawa Tuhan mencarut pun diterima baik oleh mereka,” tulisnya merujuk bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz pada 1999 mencetuskan kontroversi selepas ceramahnya mempertahankan novel satira “SHIT” karangan Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, di mana beliau dilaporkan berkata Tuhan juga “mencarut” dalam Al-Quran melalui ayat-ayat menyumpah.
Dr Mahathir berkata ketaksuban ahli PAS ialah kerana mereka diikat dengan bai’ah (sumpah taat setia) “sehingga mereka sanggup membelakangkan Islam dan Al-Quran”.
Bekas presiden Umno selama 2 dekad itu mengulangi sengketa awal Umno dan PAS, di mana pemimpin PAS didakwa mengkafirkan pemimpin Umno pada pilihan raya umum 1959.
“Ramai orang Melayu terpengaruh dengan dakwaan ini sehingga ada yang mengkafir ibubapa mereka, dan ada yang berkahwin semula kerana perkahwinan mereka sebelum menjadi ahli PAS tidak sah dan anak mereka menjadi anak haram.
“Tetapi PAS hanya menang 13 kerusi Parlimen tahun 1959 dari 104 yang dipertandingkan. Walaubagaimanapun PAS tawan Kelantan dan Terengganu,” tulis Dr Mahathir.
Sekarang PAS akan bertanding kononnya untuk melawan Umno, tetapi sebenarnya untuk memberi kemenangan kepada Umno. Samada dedak terlibat atau tidak aallahu a’lam.
“Terpulanglah kepada ahli PAS samada mengikut ajaran Islam atau terus membai’ah dan taksub kepada parti dan pemimpinnya yang berjuang untuk nafsu di dunia.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.