`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, May 19, 2017

PAS TERBUKTI SAYANG JAWATAN!!

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengambil ketetapan tiga Exco daripada parti itu tidak akan melepaskan jawatan daripada kerajaan negeri Selangor, meskipun hubungan dengan PKR sudah ditamatkan.
Alasannya ialah kerana mereka mendakwa kedudukan wakil Pas itu adalah atas lantikan Sultan Selangor dan selagi perkenan itu tidak berubah, selagi itulah Pas tidak perlu membuat apa-apa perubahan mengenainya.
Selain itu, meskipun Pas yang memutuskan hubungan dengan PKR, parti itu sebaliknya menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk membuat keputusan berkaitan tiga Exco berkenaan.
Kata Tuan Ibrahim selepas mesyuarat, “Seperti dimaklumkan sebelum ini,  mereka dilantik sebagai Exco oleh  Sultan Selangor.
“Biarlah pentadbiran berjalan dengan lancar dan kita tidak ingin mengganggu. Jika ada keputusan baru, kami akan maklumkan.”
Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula berkata, pendirian Pas ini bertepatan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang memperuntukkan kedudukan Exco adalah di tangan Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sultan.
“Ia terpulang kepada Sultan, dan sudah tentu setelah mendapat cadangan daripada Menteri Besar. Itu prosedur,” katanya lagi.
Namun demikian, meskipun mengatakan Exco akan kekal selagi mendapat perkenan Sultan, Takiyuddin turut mengakui Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang sama membenarkan mana-mana Exco yang mahu meletak jawatan untuk berbuat demikian pada bila-bila masa.
Namun, tambahnya, soal meletakkan jawatan tidak timbul buat masa ini.
Jadi, apa yang boleh dikata tentang pendirian terbaru Pas ini?
Sayang kedudukan, kebuloq jawatan atau terasa rugi melepaskan segala nikmat dunia yang boleh dikata lumayan?
Mengapa masih mahu bergayut di sebalik perkenan Sultan dan menyerahkan kepada Azmin untuk membuat keputusan sedangkan pilihan untuk berundur dan meletakkan jawatan secara sukarela tidaklah merupakan kesalahan?
Sekali lagi – sayang kedudukan, kebuloq jawatan atau terasa rugi melepaskan segala nikmat dunia yang boleh dikata lumayan?
Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Khalil Hadi yang merupakan anak kepada Hadi Awang berkata, keputusan parti itu memutuskan hubungan dengan PKR adalah tepat.
Katanya, Pas tidak perlu berfikir panjang mengenainya kerana ia berkaitan dengan prinsip  prinsip perjuangan parti yang sudah dilanggar.
“Pas adalah sebuah parti bertunjangkan politik Islam yang asasnya adalah politik yang benar.
“Jadi kita lihat keputusan menamatkan hubungan dengan PKR itu adalah keputusan yang tepat,” katanya lagi.
Salah seorang Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dilaporkan berkata, Pas sanggup memutuskan hubungan, baik dengan PKR  atau DAP bersandarkan rasa tanggungjawab kepada Allah.
“Kita buat ini bukan atas dasar politik, sebaliknya tanggungjawab kita terhadap agama Allah.
“Tetapi ini adalah tanggungjawab kita. PAS ini bukannya parti oportunis,” kata beliau dalam ceramah di Kampung Pandan malam tadi.
Apa pula yang boleh kita tafsirkan daripada kenyataan dua pemimpin Pas ini jika dikaitkan dengan keputusan tidak mahu berundur daripada kerajaan negeri Selangor, walaupun mereka sendiri yang memutuskan hubungan?
Kata kedua-dua mereka, memutuskan hubungan dengan PKR adalah keputusan tepat dan atas rasa tanggungjawab kepada Allah.
Tetapi, bagaimana dengan tindakan tidak mahu melepaskan gaji, ganjaran dan pelbagai kemudahan lain daripada pihak yang sudah diputuskan hubungan itu?
Adakah ia juga keputusan yang tepat dan turut dibuat atas nama Allah?
Daripada keputusan Muktamar di Kedah, kemudian Majlis Syura dan diserahkan kembali kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, soal lain semuanya berani dilakukan, kecuali yang berkait dengan gaji, ganjaran dan kemudahan berbentuk wang untuk menyara nikmat keduniaan.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.