`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, May 19, 2017

TN50 – SEPATUTNYA TANYA NAJIB, MANA RM50 BILION? JIKA BUKAN NAJIB, SIAPA LAGI PUNCA KECELARUAN DALAM NEGARA?

1. TN50 – Insiden tampar. Satu jenayah dan mesti dihukum melalui saluran undang-undang.
2. Sehari ini kecoh cerita David Teo ditampar Mat Over. Ianya bukan soal David Teo atau Mat Over. Ianya soal jenayah menampar orang.
3. Lebih parah apabila ada yang mula cerita hal Cina ditampar Melayu.Ini bukan soal Cina atau Melayu. ini soal jenayah.
4. Inilah masalah kita rakyat Malaysia. Selalu melihat dalam perspektif yang salah. Sebab itulah kita sahaja satu-satunya negara di dunia ini yang syarikat milik negara hilang berpuluh bilion ringgit tapi tiada dakwaan, tiada siapa dihukum kerana ianya bukan jenayah.
5. Kalau perspektif kita betul TN50 sepatutnya bukan Transformasi Nasional 2050. Ianya lebih tepat menjadi Tanya Najib: 50 bilion mana?
6. Kalau kita betul-betul mahu negara maju tahun 2050 perkara asas ialah prinsip “rule of law”. Keluhuran undang-undang. Penjenayah mesti dihukum.
7. Singapura negara maju jauh tinggalkan kita. Forex mereka jauh tinggi. Ekonomi mantap. Mengapa? Kerana mereka bersungguh-sungguh pamerkan kepada dunia mereka akan hukum siapa saja yang lakukan jenayah curi wang walaupun bukan wang mereka kerana 1MDB syarikat Malaysia bukan syarikat Singapura.
8. Malaysia juga bersungguh-sungguh tetapi bersungguh-sungguh bukan menangkap penjenayah tetapi bersungguh-sungguh melindungi penjenayah!
9. Mat Over mungkin berani melakukan jenayah tampar orang kerana dia merasakan di negara ini penjenayah boleh lepas bebas. Formula paling berkesan ialah mainkan sahaja isu bangsa, isu agama – lupalah orang pada isu jenayah yang sebenar.
10. Dia belajar dari pemimpin yang lepas bebas dari jenayah mencuri wang rakyat dengan isu bangsa dan agama. Ramai perasuah hari ini pun mungkin dapat inspirasi begitu.
11. Bagi orang Islam lupakah kita pada kisah Saidina Ali memberitahu Saidina Umar Al Khattab setelah Umar takjub melihat Saad Ibn Waqqas berlaku jujur membawa pulang kesemua rampasan perang dari Persia diserah kepada Perbendahaan negara. Tiada satupun diambil untuk dirinya. Kata Saidina Ali kepada Saidina Umar, mereka jujur kerana belajar dari kamu yang jujur. Kalau kamu sebagai khalifah tidak jujur dan menyamun pasti jenderal dan orang bawahan kamu juga jadi penyamun.
12. Kita mungkin tidak lupa tetapi kita selalu melihat dalam perspektif salah. Kalau perspektif kita betul dari awal lagi wujud TN50 ianya bukan isu pertanyaan David Teo. Ianya seharusnya pertanyaan kita semua kepada Najib. Mana hilangnya hampir 50 bilion duit dalam kes 1MDB?
14. Makanya yang betul sepatutnya TN50 bukan Transformasi Nasional : 2050 tapi Tanya Najib : 50 billion mana? Barulah nampak jalan kearah membina negara maju.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah.
Ulasan Blog – Sejujurnya saya memang kurang berminat mengulas panjang isu berkaitan David Teo yang ditampar oleh Mat Over. Sama seperti dua kejadian sebelumnya – pemandu membunyikan hon di depan masjid di Johor Bahru serta dipukul dan laporan polis oleh seorang pensyarah berkaitan buku Hannah Yeoh, semuanya ingin dijuruskan kepada sentimen bangsa, agama dan akhirnya DAP yang cuba disalahkan.
Semuanya cuba ditafsirkan dalam perspektif yang salah dengan keinginan mengaut laba politik bagi melonggokkan keuntungannya kepada Najib, UMNO dan BN. Tujuannya, selain mengharapkan kerajaan yang ada terus kekal, barangkali juga bertujuan menggamit dedak daripada Najib yang mereka ketahui dalam akaunnya pernah ada wang berbilion-bilion banyaknya.
Dalam kes David Teo yang ditampar Mat Over, kesalahan Mat Over cuba dilindungi hanya kerana dia Melayu dan dilihat condong memihak kepada Najib. Ini sungguh memalukan. Mat Over dilindungi lagi dengan adanya NGO pro Najib yang membuat laporan polis mendesaknya meminta maaf, menyatakan beliau mungkin penyokong DAP dan dikatakan barangkali juga dihantar ke program tersebut oleh Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin untuk membuat kacau.
Ini benar-benar kelakar, seolah-olah apa saja jenayah jika dilakukan oleh Melayu ke atas bangsa lain, lebih-lebih lagi di hadapan Perdana Menteri, semuanya mesti disokong kerana ia berkaitan bangsa dan salahnya ialah pihak pembangkang.
Mengapa NGO yang sama tidak mendesak Mat Over meminta maaf kerana bertindak menampar orang lain di hadapan Perdana Menteri?
Percubaan menjuruskan kejadian itu kepada aspek lain tidak lain ialah kerana pihak-pihak terbabit berbuat demikian dengan tujuan mengharapkan perhatian Najib dan mudah-mudahan gugurlah dedak kerananya.
Di Johor Bahru sebelum ini juga begitu, walaupun perkara itu akhirnya didamaikan secara baik, pada peringkat permulaannya sudah wujud percubaan mengaitkan kelakukan pemandu kereta berbangsa Cina itu dengan amalan politik DAP yang didakwa telah menyemaikan politik perkauman dan kebencian selama ini.
Sebagai orang Islam, saya juga kadang-kadang kecewa dengan sikap orang kita ketika Jumaat. Ada di antara mereka bukan saja datang lambat, tetapi kemudian meletak kereta sesuka hati dan selepas itu mencelah-celah pula di laluan jemaah yang sesak untuk menuju saf paling hadapan sekali.
Mereka tidak peduli soal disiplin dalam kehidupan. Sudahlah meletak kereta sesuka hati dan kemudian mencelah-celah untuk sembahyang di saf paling hadapan, mereka yang terbabit juga selalunya paling lewat keluar masjid kerana berdoa dan melakukan dua tiga sembahyang sunat terlebih dahulu.
Mereka seperti lupa tentang kereta yang mereka letak sesuka hati tadi yang mungkin menganggu jemaah lain yang perlu pulang segera ke pejabat atau kerana ada urusan lain yang mahu dibereskan selepas itu.
Tidak salah, bahkan digalakkan jika ingin duduk lama dan beramal sunat banyak-banyak di masjid pada hari Jumaat. Tetapi, datanglah lebih awal, letakkan kereta di tempat yang sesuai serta tidak menunjukkan perilaku yang menganggu orang lain.
Bukankah Islam itu indah? Maka, tunjukkanlah keindahan itu melalui perilaku kita sebagai penganutnya terlebih dahulu.
Dalam kes buku Hannah Yeoh pun lebih kurang sama, ia adalah buku kisah peribadinya dalam beragama. Sudah tentu beliau ingin menunjukkan agamanya memberi kebaikan kepada kehidupannya.
Lagi pun ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Jika buku itu salah dan didakwa menghasut, pula dengan kerajaan sendiri yang membenarkan Injil dalam bahasa Melayu untuk edaran di Sabah dan Sarawak?
Semua yang berlaku kebelakangan ini tidak saja menunjukkan toleransi kita semakin rendah, tetapi keghairahan menjuruskan banyak perkara kepada sentimen agama, bangsa dan menunjuk-nunjuk untuk mempertahankan kepimpinan yang ada, sebenarnya lebih dipengaruhi kepada keinginan mendapatkan perhatian dan dedak semata-mata.
Jika dedak bukan amalan, semuanya tidak mungkin berlaku. Dahulu ia tidak pernah terjadi, baik di era Tun Mahathir atau Tun Abdullah sekali pun.
Pemimpin yang membiasakan rakyat dengan dedak inilah punca banyak masalah sebenar dalam negara kita.
– ShahbudinHusin

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.