`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 20, 2017

[VIDEO] Che Det Jawab Pelbagai Soalan, Dulu Hadi Juga Peluk Kit Siang

China, ekonomi, Islam… dan tips jantung, Dr M jawab semua 

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kecenderungan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang kepada pelaburan China adalah dengan niat untuk mendapatkan wang negara itu. 

“Dia (Najib) nak duit China. Dia beri kontrak besar kepada China. Bila dia tidak ada duit nak bayar hutang, dia akan serahkan wilayah negara kepada China,” kata bekas perdana menteri itu dalam serangan terbarunya terhadap dasar ekonomi Najib yang memberikan tumpuan kepada pelaburan dan penglibatan syarikat China. 



Menjawab soalan pengguna Facebook dalam sesi ‘live’ pagi tadi, Dr Mahathir berkata negara banyak berhutang dan atas kesedaran ini, kerajaan perlu mendapatkan dana asing dengan cara menyerahkan kontrak projek besar seperti keretapi dan pelabuhan. 

Menurutnya, pembayaran balik hutang institusi tempatan masih boleh ditunda tetapi hal sama tidak terpakai melibatkan hutang luar. 

“Hutang bank dan institusi antarabangsa perlu dibayar, jika tidak Malaysia jadi muflis,” kata Dr Mahathir. 

Sesi soal jawab menampilkan pengerusi PPBM itu, “Hangpa tanya, #Chedet”, menarik lebih 4,000 penonton di Facebook. 

Tips kekal sihat 

Sepanjang sesi 30 minit itu, Dr Mahathir menjawab pelbagai soalan, daripada menyentuh pandangannya tentang Islam, hubungan antara kaum, sehinggalah kepada cara beliau mengekalkan kesihatannya pada usia hampir 92 tahun.

“Saya tidak hisap rokok, tidak minum arak. Bila makan, saya tidak makan terlalu banyak,” katanya. 

Dr Mahathir yang merupakan doktor perubatan sebelum menceburi politik turut memberikan petua untuk mengekalkan kesihatan. 

Ini termasuk mengelak daripada makan terlalu banyak. 

“Dalam kehidupan, segala-galanya mestilah sederhana. Tidak kertelaluan. 

“Saya makan sederhana walau macam mana sedap sekalipun,” katanya. 

Menurutnya, semakin banyak seseorang itu makan, perutnya akan berkembang dan ia membebankan jantung yang sudah mula berdenyut sejak sebelum lahir lagi. 

“Saya umur 91, selama itulah jantung saya pam, tak berhenti. Kalau berhenti, saya mati. Itu sebabnya kita perlu fikir beban yang ditanggung jantung kita. Kalau terlalu gemuk, jantung terpaksa lebih kuat, lama-lama ia ‘give up’,” katanya. 

PAS dan Islam 

Dr Mahathir yang mengetuai kerajaan selama 22 tahun dari 1981 ke 2003, turut ditanya mengapa beliau tidak melaksanakan pemerintahan Islam sepenuhnya. 

“Polisi rasmi kita ialah menerapkan nilai-nilai Islam, sebab bukan semua penduduk negara ini Islam,” katanya, sambil berkata nilai Islam merupakan nilai universal. 

Dr Mahathir berkata sebarang pendekatan mengenai Islam perlu mengambil kira masyarakat pelbagai agama. 

“Kita perlu cari formula yang tidak mencetuskan huru hara dalam negara berbilang agama.” Seorang penyokong PAS turut bertanyakan Dr Mahathir mengapa PPBM membelakangi PAS dalam Pakatan Harapan (PH). 

Beliau menjawab ia tidak benar kerana PPBM sudah berkali-kali berusaha untuk bekerjasama dengan PAS. 

“Sehingga kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana mahu mendapat persetujuan PAS. Tetapi PAS lebih utamakan hubungan dengan Umno,” katanya. 

Beliau turut menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan keengganannya bekerjasama dengan DAP dan PKR sedangkan sebelum ini ia menyebut tentang “tahaluf siyasi” atau kerjasama politik. 

“Dulu saya tengok Hadi peluk (Lim) Kit Siang,” sindirnya. 

Menurutnya, istilah tahaluf siyasi hanya bertujuan mengaburi mata penyokong PAS. 

“Ia hanya bahasa Arab, kalau dalam Melayu, tak bunyi Islam sangat. Janganlah tipu orang dengan mengatakan ia suruhan agama.” 

Ekonomi di bawah PH 

Sementara itu, Dr Mahathir berkata PH akan memastikan pengangguran dikurangkan dengan cara memberi keyakinan kepada pelabur asing mendirikan perniagaan mereka di Malaysia. 

“Dasar Najib ialah untuk menambah pendapatan. Tapi itu sahaja tidak menyelesaikan masalah, sebab apabila pendapatan bertambah, kos pun meningkat. 

“Cara mengatasi pengangguran ialah mengadakan keadaan aman dan selamat, menarik pelabur tempatan dan asing supaya mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak,” katanya. 

Dr Mahathir berkata kerajaan baharu itu juga tidak akan mengulangi masalah seperti yang dihadapi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Katanya, pembangkang kenal siapa yang bersalah dalam skandal 1MDB. 

“Kita akan kejar orang-orang ini sehingga ke lubang cacing.” -FMT 


Lempang tak pernah berlaku di era saya, kata Dr M


Insiden serangan terhadap pengarah filem David Teo pada sesi dialog TN50 malam Rabu lalu telah memalukan rakyat Malaysia di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap secara langsung kepada pengguna internet di Facebook hari ini, Mahathir berkata dalam era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, orang yang bercakap dan bertanya soalan akan mendapat susah.

"Pertama (isu) macam ini tak pernah berlaku dahulu pada saya, atau PM lain sebelum saya. Ini berlaku di zaman Najib kerana semua benci terhadap pemerintahan Najib, tetapi apabila mereka cakap, mereka akan menghadapi masalah. Surat khabar ini ditapis sehingga tidak ada news lagi, demikian juga dengan TV3 dan lain-lain lain.

"Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba, dan inilah kesan dan hasil percubaan untuk bercakap benda yang benar, tanya soalan pun tak boleh, kena pukul.

"Saya tak tahu Mat Over siapa dia, tetapi sepatutnya selepas dia lempang sekali itu, dipisahkan. Tapi saya nampak banyak orang (bersorak) pukul si David Teo, ini memalukan kita di seluruh dunia, perkara ini berlaku di depan PM.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu kemudian mencabar Najib untuk mengadakan dialog lain.

"Kalau dia berani adakah lagi, buka kepada semua orang, kita nak tengok orang takut lempang atau tidak," katanya. 
-mk




ULASAN GB 

Banyk perkara yang dijawab oleh TDM. 

GB tertarik jawaban Tun mengenai tentang PAS. 

PPBM sudah berkali-kali berusaha untuk bekerjasama dengan PAS.

“Sehingga kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana mahu mendapat persetujuan PAS. Tetapi PAS lebih utamakan hubungan dengan Umno,”


Ia memang benar. Bukan sahaja PPBM, PKR pun bersikap demikian malah AMANAH dan DAP pun menunggu PAS ketika itu. 

Tetapi PAS mengambil sikap dingin. PAS terus-terusan menyerang AMANAH dan DAP. Tetapi tidak pula menyerang UMNO. 

Dan Tun adalah benar apabila berkata: 

“Dulu saya tengok Hadi peluk (Lim) Kit Siang,”

Ini buktinya: 



Kemudian di pagi ini di dalam satu tulisan oleh seorang Naib Presiden PAS, Idris Ahmad namanya menulis di dalam status fbnya: 


Sungguh bangang pemimpin PAS tersebut. Apakah jika melawan UMNO bererti dedak tak cukup? 

Seorang rakan GB pun terus menjawabnya: 

Maksudnya, siapa yang tak lawan UMNO, dedak dah cukup la ya? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.