`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 13, 2017

Diejek reban ayam

am@hmetro.com.my
Melaka: “Hati mana tak sedih bila anak balik dari sekolah mukanya masam, menangis sambil mengadu diejek rakan kerana tinggal di rumah macam ‘reban ayam.”
Itu antara luahan Haslina Budin, 37, yang menghuni pondok daif bersama suami, Awang Siddik, 49, dan dua anak mereka, Arisa Darwina, 8, dan Akif Darwisy, 3, di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, di sini, sejak dua tahun lalu.
Menurut Haslina, sebelum ini mereka empat beranak menyewa di sebuah rumah berhampiran, namun berpindah ke pondok berkenaan kerana tidak mampu membayar sewa bulanan yang didakwa dinaikkan pemiliknya.
“Saya reda dengan apa yang ditakdirkan untuk kami sekeluarga. Kami memang tak mampu sediakan rumah selesa untuk anak selepas sewa bulanan dinaikkan kepada RM370.
“Mujur juga ada pondok ini yang dibina arwah bapa saya. Pondok tempat kami berteduh sekarang ini sebenarnya stor digunakan untuk menyimpan barang lama milik keluarga.
“Ruang dalam pondok ini terutama bilik tidur sempit, bumbung pula rendah hinggakan saya atau suami tak boleh berdiri, kena bongkokkan badan kalau nak masuk,” katanya yang terdahulu menerima kunjungan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) semalam.
KEADAAN rumah yang dihuni Haslina, suami dan dua anak.© Provided by Media Prima KEADAAN rumah yang dihuni Haslina, suami dan dua anak.
Apa yang lebih menyedihkan, pondok tempat empat beranak itu berteduh juga tidak dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan tandas sempurna.
Pondok daif itu menggunakan kanvas, papan lapis dan kayu sebagai dinding, manakala pintu pula hanyalah sehelai kain langsir.
Haslina berkata, mereka sekeluarga mendapatkan bekalan air untuk minum, mandi, membasuh pakaian dan kegunaan lain dari perigi terletak berhampiran.
Manakala, jika mahu membuang air besar, Haslina, suami dan dua anak ke rumah abangnya 500 meter dari pondok dihuninya.
“Kalau hujan pada waktu malam kami tak dapat tidur lena, sebaliknya kena berjaga untuk tadah air mengalir dari lubang bumbung.
“Pada waktu malam suami tidur di luar bilik kerana risau dengan keselamatan saya dan anak berikutan pondok kami ini tak ada pintu,” katanya.
Menurutnya, pendapatan suami sebagai tukang rumah sambilan hanya RM500 sebulan, namun jumlah itu tidak menentu, bergantung kepada permintaan pelanggan.
“Saya juga bantu suami tambah pendapatan dengan membuat kuih yang dijual di kedai. Kebiasaannya, saya tumpang rumah abang untuk buat kuih, walaupun letih itu bukan masalah bagi saya asalkan dapat bantu suami,” katanya.
Jelasnya, dengan pendapatan bulanan kurang RM1,000 sebulan pasti sukar untuk dia dan suami menyediakan kelengkapan Aidilfitri sempurna buat dua anak mereka.
“Anak seakan-akan faham. Mereka tidak pernah meminta dibelikan pakaian baru biarpun saya tahu jauh di sudut hati mereka mahukannya sama seperti rakan lain,” katanya.
Sementara itu Pengurus AIM Cawangan Jasin Mohd Fadil Mohammad Swaimi berkata, pihaknya akan membantu Haslina memandangkan wanita itu Sahabat AIM.
“Kami sentiasa melakukan ziarah dan turun padang melihat kehidupan Sahabat AIM. Bagi kes Haslina, kami akan rujuk mana-mana agensi supaya bantuan dapat dihulurkan secepat mungkin,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.