`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 21, 2017

‘KONGSI CERITA BERLIAN ISTERI MO1 BILA BALIK KAMPUNG’ – SYED SADDIQ

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu rakyat negara ini terus membincangkan dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB sepanjang sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbincangan harus tertumpu kepada dakwaan bahawa sejumlah AS$ 27.3 juta yang didakwa diselewengkan dari 1MDB telah digunakan untuk membeli barangan kemas termasuk berlian untuk isteri “Malaysian Offical 1 (MO1)”.
“Saya memohon kepada golongan muda dan remaja bila balik ke kampung, jumpa ibu bapa, atuk-atuk, nenek-nenek, tolonglah kongsikan cerita ini.
“Kalau nak mempertahankan isteri MO1, pertahankanlah. Kalau nak tunjukkan kebenaran, tunjukkan , tapi perbincangan ini harus dibawa sampai ke hari raya setiap hari, bincangkan,” katanya pada satu sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya, hari ini.
“Ini bukan tentang politik, tetapi tentang negara dan masa depan anak-anak kita.
“Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan dan saya percaya semua anak muda apabilah balik ke kampung menceritakan kisah ini, ia (akan) buka minda dan hati ibubapa, atuk dan nenek kita.
“Saya percaya perubahan boleh dibawa,” katanya.
DOJ dalam pemfailan terbaru pada Khamis, 15 Jun lalu mendakwa bahawa derma AS$ 620 juta yang kononnya dikembalikan oleh MO1 kepada putera Arab Saudi telah sebaliknya digunakan untuk membeli barangan kemas untuk isteri MO1.
Ini termasuk kalung bernilai AS$ 27.3 juta yang mempunyai sebutir loket berlian merah jambu 22 karat untuk “isteri MO1.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri juga berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.
Abdul Rahman berkata hakikat bahawa Najib tidak dinamakan dalam pemfailan DOJ menunjukkan bahawa perdana menteri bukanlah menjadi susjek siasatan.
Malah, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut membersihkan Najib daripada sebarang salah-laku.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.