`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 17, 2017

Tarikh lihat anak bulan Syawal 24 Jun

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
tgk-anak-bulanKUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilftri ialah 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kenyataan itu menerangkan.
Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.