`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 23, 2017

Najib: 84% pengguna puas hati dengan pengangkutan awam

Ia hasil kaji selidik bebas yang dijalankan SPAD terhadap responden mengenai perkhidmatan pengangkutan awam di bandar.
VIDEO INSIDE
najib
KUALA LUMPUR: Kaji selidik bebas yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan 84% responden berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata, kaji selidik yang dilakukan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) bagi penggunaan komuter untuk 2016 menunjukkan peningkatan 10% berbanding 2015.
“Dapatan ini mencerminkan kerajaan persekutuan berada di landasan betul dalam merancang dan melaksanakan inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara,” katanya semasa merasmikan Simposium dan Pameran Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2017 di Dewan Plenary Kuala Lumpur City Center (KLCC), hari ini.
Najib berkata, purata harian penumpang di semua laluan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017 menyaksikan peningkatan sebanyak 12% daripada 570,021 kepada 638,605 penumpang.
“Saya percaya ia akan terus menarik lebih ramai pengguna sekaligus menjadikan transit ini lebih lancar. SPAD juga akan melancarkan Rancangan Perjalanan menjelang akhir 2017,” katanya.
Jelasnya, transformasi pengangkutan awam darat akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan demi kebaikan rakyat Malaysia.
“Kita menetapkan matlamat di bawah pelan Transformasi Negara 2050 untuk menjadi 20 negara terbaik.
“Pengangkutan awam adalah sebahagian daripada matlamat ini. Transformasi pengangkutan awam darat harus sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa,” katanya. -FMT


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.