`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 24, 2017

ZAHID HAMIDI BIKIN MALU LAGI

Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Deputy Prime Minister of Malaysia, arrives for a working dinner on the South Lawn of the White House on March 31, 2016 in Washington, DC. World leaders are gathering for a two-day conference that will address a range of issues including ongoing efforts to prevent terrorist groups from accessing nuclear material. / AFP PHOTO / Olivier Douliery####################OLIVIER DOULIERY
Sejak semalam, nama Ahmad Zahid Hamidi menjadi perbualan di mana-mana. Ia bukan saja mengenai jawapannya di Parlimen berhubung misteri pencarian Jho Low, tetapi juga berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan media pada lewat petang untuk membetulkan jawapannya sendiri di dewan yang mulia itu.
Sementara Zahid Hamidi mengatakan beberapa portal berita telah memanipulasi kata-katanya, tetapi sesiapa yang menonton video jawapannya di Parlimen yang sudah bersepah-sepah di media sosial,  tentulah dapat menilai sendiri apa yang dikatanya itu.
Kata-kata beliau dalam video jawapannya sangat jelas menyebut tentang permintaan terhadap bantuan Interpol dan pihak polis masih menunggu maklumbalas mengenai perkara itu.
Maka, untuk apa sebenarnya Zahid perlu mengeluarkan kenyataan susulan menafikan sedang meminta bantuan Interpol sambil mengatakan siasatan terhadap Jho Low sebenarnya sudah pun ditutup?
Pertanyaan Azmin Ali dalam twitternya “Zahid oh Zahid. Kena marah dengan bos ke?” memang selayaknya dilontarkan kepada beliau kerana kenyataan media Zahid Hamidi mengenai perkara itu jelas ternampak suatu “pusingan U” yang amat nyata.
Jika tidak kena marah atau ditegur oleh sesiapa, kenapa perlu Zahid Hamidi tampil membetulkan jawapan yang keluar daripada mulutnya sendiri?
Bukan saja melakukan “pusingan U” mencacatkan wibawa dan memalukan dirinya, tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi harus memastikan kenyataan atau jawapannya, lebih-lebih lagi di Parlimen mestilah sesuatu yang konkrit dan konsisten, sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan.
Zahid Hamidi bukanlah menteri biasa atau timbalan menteri seumpama Ahmad Maslan yang boleh sesuka hati membetul atau meminda kenyataannya sendiri.
Seorang Timbalan Perdana Menteri mesti ada standard dan wibawa tersendiri seperti penyandang-penyandang sebelum ini yang terbukti tidak pernah secara tiba-tiba “masuk simpang kiri atau membuat pusingan U” sesuka hati dalam kenyataan-kenyataan mereka.
Bagi Zahid Hamidi pula, ini bukanlah kali pertama dilakukannya. Sebelum ini, ketika masih panas menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri, beliau dengan bangga menyatakan sudah bertemu waris keluarga yang menyumbang RM2,600 juta kepada Najib Razak.
Apabila diasak mengenai  bila pertemuan itu dan nama orang yang ditemuinya itu, sampai sekarang beliau tidak mampu memberikan jawapan yang sebenarnya.
Baru-baru ini, sebagai sebahagian serangannya kepada Tun Mahathir Mohamad, dengan lantang juga Zahid Hamidi mendedahkan nama sebenar bekas Perdana Menteri itu dalam kad pengenalannya ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.
Beliau kemudian dicabar oleh banyak pihak untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu, termasuk oleh Tun Mahathir sendiri.
Akhirnya, sama seperti waris keluarga Pak Arab yang konon ditemuinya, tetapi gagal dibuktikannya, cabaran untuk mendedahkan nama sebenar Tun Mahathir, langsung tidak berani disahutnya dan senyap saja sehingga ini.
Sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri,  Zahid Hamidi juga berhutang kepada rakyat Malaysia untuk mendedahkan dalang sebenar insiden Lahad Datu yang didakwa diketahuinya, memberi bukti mengenai Mat Sabu dengan amalan Syiah dan jet siapakah yang pernah digunakannya ketika menunaikan umrah ketika menjadi Menteri Pertahanan dahulu.
Semua yang pernah dijanjikannya untuk diberitahu kepada umum itu, masih lagi tidak  ditunaikannya sampailah sekarang.
Bermakna, daripada sejak menjadi menteri hinggalah kepada Timbalan Perdana Menteri, watak Zahid Hamidi tidak banyak berbeza.
Kata-katanya atas kapasiti jawatan rasmi dan dibayar gaji sekali pun, banyak yang tiada isi dan susah ditentukan salah atau benar.
Kalau begitu, macam mana nak jadi Perdana Menteri?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.