`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 7, 2018

‘DATUK SERI JAMAL’ TERKILAN TAK DAPAT SERTAI KONVENSYEN HARAPAN

Siapa yang tidak kenal orang kuat Umno, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang akrab dengan pelbagai aksi pegun politiknya selama ini?
Bagaimana jika susuk itu hadir ketika di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) mengadakan program besar-besarannya hari ini?
Memang riuhlah dan itu yang berlaku apabila kelibat ‘Jamal’ dilihat muncul ketika Konvensyen HARAPAN berlangsung sejak pagi tadi.
Justeru ada perwakilan yang memintanya meninggalkan dewan tempat perhimpunan itu berlangsung.
Bagaimanapun lelaki itu bukanlah Jamal yang menjadi ketua kumpulan Baju Merah, sebaliknya seseorang yang mendakwa dia menjadi penyokong tegar pembangkang.
Dia ialah Razali Mohd Sharif, 52, dari Kuala Lumpur dan mendakwa dirinya seorang veteran gerakan reformasi sekitar 1998.
Jika itu belum memadai, lihat pula apa yang pernah dilalui Razali.
Bercakap kepada Malaysiakini Razali berkata dia pernah ditahan – juga kerana wajahnya yang mirip dengan ketua Umno Sungai Besar itu.
“Saya ditahan semasa mahu melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital di Cheras.
“Pegawai keselamatan nampak macam mencurigai saya dan meminta kad pengenalan untuk semakan,” katanya.
Ada rasa dipinggirkan
Pada waktu lain kata Razali, ramai juga yang memanggilnya dengan gelaran Datuk Seri.
Namun Razali sentiasa berlapang dada serta memahami kekeliruan boleh berlaku di mana-mana saja secara tidak sengaja.
“Mirip muka saya mungkin macam Jamal tapi kalau geng reformasi, mereka mesti tahu kita ini orang lama, pejuang reformasi,” kata Razali.
Kedatangan Razali ke IDCC hari ini juga untuk menyatakan sokongannya kepada Anwar yang diharap dapat diangkat menjadi perdana menteri ke tujuh Malaysia jika HARAPAN berjaya menawan Putrajaya nanti.
Razali kemudian meninggalkan pusat konvensyen itu kerana dibimbangi mencetuskan kekecohan antara perwakilan HARAPAN.
“Saya terkilan juga. Kami rasa terpinggir kerana saya dan wakil NGO Reformis datang memberi sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri ketujuh tapi kami dilarang masuk atas sebab yang saya sendiri tak tahu.
“Kami ini pejuang reformasi untuk Anwar yang telah berjuang 20 tahun tapi kami dipinggirkan. Maksudnya apa? Maksudnya mereka tak pandang perjuangan Anwar,” katanya.
Bagaimanapun setakat ini Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Razali itu.
– M’kini

1 comment:

  1. Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 470 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 2d d3 4d
    angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.