`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 5, 2018

Isyarat tangan ‘ala-IS’ oleh mufti Perlis timbul persoalan

Muhd-Asri1
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin (tengah) bersama ketua kempen anti-Syiah Indonesia, Farid Ahmad Oqbah (sebelah kanan Asri), membuat isyarat jari telunjuk semasa lawatan ke Jakarta pada 2 Februari lalu.
PETALING JAYA: Isyarat tangan yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS yang ditunjukkan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dalam sekeping gambar bersama-sama pengikut sarjana Salafi warga Indonesia yang bersikap keras, mengundang kritikan.
“Saya sangat tersentak!” tulis novelis Melayu terkenal, Faisal tehrani, di laman Twitternya.
Gambar itu diambil semasa lawatan terbaharu Asri ke Indonesia dan dimuat naik ke laman Facebook mufti Perlis itu.
Gambar itu juga menunjukkan Farid Ahmad Oqbah, seorang pendakwah Salafi warga Indonesia yang lantang bersuara dan selama ini berada di barisan depan kempen menentang Syiah, termasuklah di Indonesia di mana golongan minoriti agama berdepan serangan daripada kumpulan Islamis tempatan.
Isyarat menegakkan jari telunjuk itu banyak dikaitkan dengan kumpulan IS.
Walaupun isyarat itu merujuk kepada doktrin tauhid atau keesaan Allah, dan juga digunakan dalam solat 5 waktu semasa ucap 2 kalimah syahadah, sejak kebelakangan ini ia banyak digunakan militan IS termasuklah dalam bahan promosi mereka secara dalam talian.
“Bagi pengikut IS, menegakkan jari telunjuk menjadi isyarat perjuangan mereka, dan isyarat itu semakin banyak dilihat dalam gambar militan. Malah, sesetengah juga menggelar simbol itu ‘isyarat jihad bagi kumpulan samseng’,” kata penganalisis yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Nathaniel Zelinsky dalam artikel majalah Foreign Affairs pada 2014.
barut51
Isyarat mengangkat jari telunjuk menjadi simbol pejuangan militan IS.
Asri berjumpa Farid selepas beberapa hari beliau mengecam golongan Syiah, mengatakan mereka berbahaya kepada keselamatan Malaysia.
Kenyataannya dikritik ahli akademik dan aktivis hak asasi, mengatakan mereka yang ditahan kerana melakukan keganasan bukanlah golongan Syiah tetapi pengikut IS yang mempunyai doktrik berpaksikan ideologi Wahabi yang diamalkan Arab Saudi.
Serangan Asri terhadap Syiah adalah susulan kenyataan isteri aktivis Perlis yang hilang, Amri Che Mat. Isterinya mendakwa beliau mengesyaki Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis di bawah Asri berperanan dalam kes kehilangan suaminya.
Asri menafikan beliau terlibat dalam kehilangan Amri, tetapi mengakui pernah mempersoalkan kecenderungannya terhadap Syiah.
IS kerap menguar-uarkan perbuatan mereka membunuh golongan Syiah di Timur Tengah dan negara lain.
Islam Syiah adalah mazhab ke-2 terbesar dalam Islam, dan banyak diamalkan di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, dan golongan minoriti kecil di Arab Saudi, Yaman dan Pakistan.
Pihak berkuasa Islam di Malaysia menganggap Syiah sebagai “mereka yang berfahaman menyeleweng”, menerusi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996.
Sementara itu, apabila diminta untuk mengulas status beliau di Twitter, Faisal yang sebelum ini dituduh mempromosikan Islam Syiah menerusi novelnya, berkata beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan buat masa sekarang.
“Ia juga mungkin isyarat 1Malaysia, Syahadah, atau isyarat hormat Abu Bakr Baghdadi,” katanya yang merujuk kepada pemimpin IS itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.