`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 26, 2018

KALAU RAJA PETRA DI SINI, KAMI PASTI SAMAN, KATA PATRIOT

KALAU bukan kerana beliau berlindung di Britain, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mungkin menyaman editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ke mahkamah kerana menyebarkan berita palsu, kata Presidennya, Brig-Jen (B) Mohamed Arshad Raji.
“DIa tahu dia selamat di Britain. Kalau tidak, akan dikenakan tindakan undang-undang kalau balik sini,” kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam portalnya, Raja Petra telah menulis mengenai taikun Robert Kuok menyalur dana kepada DAP. Arshad berkata “bukti bagi kenyataannya ialah beberapa gambar James Kuok (anak saudara Robert sebagai orang tengah) dan beberapa ahli politik sedang makan di restorannya”.
“Siapa yang makan dengan siapa dan sumbangkan kepada siapa tak penting bagi kami, selagi ia tidak melanggar undang-undang.
“Tetapi menyebarkan berita palsu dan kebencian, menimbulkan rasa tidak percaya untuk memecah-belahkan rakyat, kami, Patriot akan bersuara untuk kebaikan rakyat dan negara ini,” katanya.
Jelas Arshad, lebih buruk lagi apabila ahli politik menggunakan maklumat yang tidak dapat dipastikan untuk menyebarkan sentimen perkauman, kekeliruan dan kebencian untuk memecah-belah rakyat.
“Kami kutuk artikel tidak bersasas RPK dan menganggapnya berita palsu.
“Cara artikel itu ditulis merupakan salah satu dari dakyah berniat jahat. Orang yang langsung tidak berprinsip.”
Tambah beliau, Raja Petra juga berbohong mengenai Patriot menerima berjuta-juta ringgit dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menerusi Gani Patail.
“Sekali lagi Patriot menyeru semua ahli politik mengamalkan politik bersih, berkempen mengenai isu, dan bukan menggunakan politik kotor untuk memecah-belah rakyat.
“Apabila (Pilihan Raya Umum ke-14) berakhir, banyak yang perlu kita lakukan untuk menyatukan semua rakyat Malaysia. Kalau tidak, dengan ekonomi dunia yang tidak menentu, peningkatan kadar faedah global, hiperinflasi atau stagfalasi yang pasti, kita semua akan hadapi masalah,” katanya.
– https://www.themalaysianinsight.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.