`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 7, 2018

Jangan guna undang-undang berita palsu tutup kebenaran, kata Dr M

Pemimpin PH khuatir tentang undang-undang baharu yang dicadangkan untuk mengekang berita palsu dan melindungi keselamatan dan kestabilan.
mahathir-fake-news-3PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir tentang cadangan undang-undang terhadap berita palsu, mengatakan ia undang-undang “baik” tetapi tidak boleh digunakan untuk menutup sesuatu.
“Jangan guna undang-undang ini untuk menutup kebenaran,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu di Facebook hari ini.
Dalam video yang sama, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin khuatir undang-undang itu digunakan terhadap pembangkang.
Muhyiddin mendakwa kerajaan BN gagal menjelaskan beberapa isu dan kontroversi yang berlaku sebelum ini.
“Sekiranya tujuannya untuk menapis segala bentuk berita dan melabel berita yang datang daripada pihak parti pembangkang sebagai berita-berita palsu, ini adalah suatu penganiayaan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.”
Beliau berkata sekiranya kerajaan mahu meneruskan undang-undang itu, ia mesti berdasarkan fakta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 Januari lepas berkata Putrajaya sedang mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang mengekang berita palsu yang mengancam kestabilan politik.
Beliau berkata langkah itu perlu kerana berita palsu boleh mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.
Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata draf undang-undang yang dicadangkan itu akan diserahkan kepada Kabinet untuk mendapatkan pandangan sebelum dibentangkan di Parlimen.
Beliau berkata jawatankuasa khas mengkaji draf undang-undang itu akan mengadakan mesyuarat teknikal kedua esok.
Mesyuarat itu bagi membandingkan undang-undang itu dengan perundangan sekarang.
“Undang-undang baharu ini ada sikit dalam Kanun Keseksaan, ada sedikit di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Beliau mempertahankan keperluan undang-undang baharu itu, dan berkata masyarakat akan lebih bertanggungjawab apabila mengeluarkan, menyebarkan atau berkongsi berita yang tidak sahih.
Dengan cara itu keselamatan negara akan terus terpelihara, tambahnya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.