`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 23, 2018

*RASUAH DI MINDEF?* (Surat terbuka kepada YAB MENHAN) Dari Hj Zaidi bin Ahmad

Image result for mindef logo

I received the following via WhatsApp. Its a complaint. 


*RASUAH DI MINDEF?*
(Surat terbuka kepada YAB MENHAN)
Dari  Hj Zaidi bin Ahmad

Assalamualaikum w.b.h.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah diatas perlantikan YAB sebagai Menteri Pertahanan. Ternyata ijtihad politik YAB adalah tepat sehingga BN berjaya ditumbangkan dan PH berjaya menubuhkan kerajaan yg menjadi harapan rakyat. Yang paling penting ianya adalah bukti kekuasaan dan keadilan Allah SWT dimana segala perjuangan dan pengorbanan pejuang2 PH terutama YAB dan rakan2 sehingga sanggup masuk penjara mendapat balasan cukup hebat dengan diberikan kemenangan yg cukup manis pada PRU14. Semoga ianya tidak melalaikan kita dari tugas dan tanggungjawab terutama terhadap mereka2 yg dizalimi oleh rejim yg terdahulu.

Disini saya ingin menyampaikan beberapa maklumat berhubung dakwaan rasuah di KEMENTAH (MINDEF) yg disampaikan kepada saya dari sumber2 yg boleh dipercayai. Mohon YAB siasat status kebenarannya dan mengambil tindakan yg sewajarnya. Ingatlah bahawa Allah SWT dan rakyat memerhati;

1. PROJEK PEMBELIAN 6 BUAH HELIKOPTER TEMPUR; DUIT SUDAH BAYAR LEBIH RM300 JUTA TAPI HELI TAK SAMPAI JUGA.



(Adakah benar pembelian helikopter ini diuruskan oleh syarikat milik bekas setpol kepada Menteri Pertahanan sebelum ini iaitu Hal_man Opt_ma Sdn Bhd?)


2. DAKWAAN SARAWAK REPORT BAHAWA KETUA PENGARAH PERISIKAN ATM JEN DATO HADI TERIMA RM7 JUTA DARI NAJIB.



3. ADA PANGLIMA ATM TERIMA HADIAH KERETA AUDI DARI KONTRAKTOR?


4. ADA PANGLIMA-PANGLIMA ATM DAN K_U PEGANG JAWATAN SEBAGAI LEMBAGA PENGARAH DALAM SYARIKAT YG BERURUSAN SECARA LANGSUNG & MEMPUNYAI KONTRAK DGN MINDEF?

Ini jelas wujudnya "conflict of interest" apabila mereka sepatutnya membuat penilaian dan teguran terhadap syarikat jika sekiranya gagal menunjukkan prestasi yang sepatutnya dalam pembekalan barangan atau perkhidmatan.

Ini dibuktikan dgn serviceability rate yg rendah bagi aset2 tempur ATM & juga barangan yg diterima berkeadaan kurang sempurna.


5. PERCUTIAN DAN MAIN GOLF PEGAWAI2 TINGGI ATM & PEGAWAI2 AWAM MINDEF KE LUAR NEGARA DIBIAYAI OLEH SYARIKAT KONTRAKTOR?


6. KES PEMECATAN SAYA DARI TUDM.

Mohon pembelaan dari kerajaan PH atas kezaliman yg ditimpakan keatas saya dan keluarga. Saya telah berbincang dengan peguam dan beliau memberikan 2 pilihan dimana Majlis Angkatan Tentera (MAT) boleh bantu saya iaitu;

a. Mengambil semula saya bekerja dengan diberi jawatan yg setaraf.

b. Mendapatkan pengampunan dari SPB Yg Dipertuan Agong dimana saya akan layak mendapat pencen dan lain2 faedah persaraan. 


7. PEMBELIAN ASET ATM MENGIKUT KEUTAMAAN;

Perkara ini saya akan jelaskan secara lebih terperinci lagi di lain kali tetapi disini saya akan sebutkan secara sepintas lalu sahaja;


a. *BATALKAN SEGERA PROJEK PEMBELIAN KAPAL PERANG DARI CHINA.* Amatlah tidak masuk akal apabila China merupakan pesaing kita di Laut Cina Selatan (LCS) malah pada 2014 telah memasukkan perairan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah mereka dalam peta baru negara mereka , kita pulak nak pergi "bantu" mereka dengan membeli kapal perang mereka. Lagi satu kita akan terpaksa bergantung dengan mereka dari segi alat ganti dan persenjataan. Lagi satu amalan semasa BN iaitu menjemput kapal2 perang China untuk berlabuh di pelabuhan kita untuk mengambil bekalan *HENDAKLAH DIHENTIKAN SEGERA!!!*


b. PEMBELIAN MISIL ANTI UDARA (Surface to Air Missile- SAM) untuk melindungi aset2 penting kita terutama pangkalan2 udara, kem2, pelabuhan2, kapal2 perang kita, mindef, Putrajaya dan banyak lagi. Malaysia khabarnya telah membeli beberapa jenis SAM seperti "Jernas", "Starstreak" dan "Igla" namun semuanya adalah dalam kategori "jarak dekat" sedangkan kita perlukan SAM bagi ketiga2 peringkat iaitu dekat, sederhana dan jauh. Pihak Singapura telahpun menukar SAM jarak sederhana dan jauh mereka dari jenis I-Hawk kepada Aster 30 yg juga boleh dipasang di kapal2.



c. AEWACS; Bagi pesawat udara pula jumlah jet pejuang dikira mencukupi tetapi apa yg amat2 diperlukan oleh TUDM ialah pesawat radar amaran awal dan kawalan (Airborne Early Warning and Control Systems - AEWACS). Singapore sudah memiliki pesawat ini sejak tahun 1989 lagi sedangkan kita sampai sekarang belum ada. Pesawat ini juga amat penting bagi mengelakkan tragedi MH370 berulang. 


d. Bagi Tentera darat pula keutamaan mereka pada pandangan saya ialah sistem artillery mudah alih atau self propelled howitzer selain dari helikopter tempur yg setaraf dengan helicopter Apache milk Singapura dan helicopter pengangkut yg lebih moden seperti UH-60 Blackhawk.


e.  Bagi TLDM pula perlukan kapal perang jenis pemusnah atau destroyer yang boleh melakukan kedua2 peranan anti udara dan anti kapal selam selain kapal pengangkut tentera untuk serangan pantai (Amphibious Landing Ship). Juga keperluan mendesak untuk pesawat dan helicopter maritim yg mampu melakukan tugas anti kapal selam. 


Sekian dulu semoga dapat membantu  YAB melaksanakan tugas yg amat berat dan penting ini. Semoga Allah SWT memberkati dan memelihara YAB sepanjang menjalankan tugas yg mulia ini dan juga memelihara negara tercinta ini dari sebarang ancaman musuh samada luaran atau dalaman. Wassalamualaikum w.b.h.

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM)
017-4164728

Lawati dan like fb page saya di *Sokong Mejar Zaidi TUDM*

# VIRALKAN DEMI KEBENARAN TKSH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.