`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 21, 2018

Gabungan Bateri Vape Bersama Kunci Kereta Di Poket Seluar Menyebabkan Suami Saya 'Terbakar'.

Oleh : Hidayah Razak

Dugaan Allah buat kami suami isteri.

Belum sampai seminggu discharge, semalam Allah uji lagi. Terpaksa berkampung kat Hospital Ipoh pula sebab suami burn stage 2 and stage 3.

 
Kejadian berlaku semalam dalam pukul 2.30pm masa kami tengah tunggu turn follow up appointment di klinik O&G Hospital Taiping. Tiba-tiba ada benda meletup dari poket kanan dia.

Mula-mula memang kami dah suspect tu vape yg meletup. Tapi tengok-tengok vape duk elok lagi tak terjejas.





Rupa-rupanya yang meletup tu bateri spare vape (duduk di luar vape) bukan vape yg meletup mcm yg kami sangka.

1 klinik terkejut sebab bunyi meletup tu agak kuat. Suami cepat-cepat buka seluar dan padamkan api kat situ. 2 jari tangan kanan burn stage 2, peha dan punggung kanan ada beberapa bahagian stage 2 dan stage 3.

Nurse terus call ambulance bawa ke emergency. Yelah, takkan nak pegi emergency jalan kaki kan walaupun dekat. Dalam 15min tunggu, ambulance pun sampai.

Ingatkan warded hospital taiping je lah, rupa-rupanya doc pakar bahagian kebakaran ada kat hospital ipoh sahaja. Berhuhu la kami laki bini naik ambulance ke hospital ipoh pulak.



 
Natijahnya dari kejadian, walaupun vape masih dalam keadaan elok kami tak berani nak pegang vape tu sebab trauma.

Semalam masa nak kutip barang-barang pun jenuh berlapik tebal-tebal nak kutip vape, terus masuk dalam plastik sampah. Trauma oii walaupun bateri sahaja yang meletup.

Kawan-kawan, doakan kami kuat dan tabah hadapi ujian ni.

Lesson learned. Jangan letak apa-apa bateri bersama apa-apa kunci pun. Power bank ke apa ke, sama je. Inilah natijahnya. Vape tak salah. Bateri tak salah. Tapi cara penyimpanan/ penjagaan yang salah.

P/s : Vape suami saya masih dalam keadaan elok, bateri spare sahaja yang meletup sebab spark yang terhasil dari bateri + kunci kereta yang ada dalam poket seluar 
-sozcyili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.