`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 28, 2018

Menteri: Perlu 2 bulan buang ‘sampah sarap’ dalam Pertubuhan Peladang

Laporan Pendaftar Pertubuhan Peladang mendapati berlaku salah guna kuasa dan ketirisan yang boleh membawa kerugian kepada entiti Lembaga Pertubuhan Peladang dan rakyat.
Salahuddin Ayub berkata, ‘kerja pembersihan’ Nafas bertujuan membolehkan ia kembali kepada fungsi asalnya sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar membela peladang di negara ini.
ALOR SETAR: “Kerja pembersihan” Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang digantung sementara pengurusannya, memerlukan kira-kira 2 bulan lagi untuk disiapkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, proses membuang “sampah sarap” di dalam agensi kerajaan itu sedang dijalankan, bagi membolehkan ia kembali kepada fungsi asalnya sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar membela peladang di negara ini.
“Kita akan bermula dengan era baru, jadi yang mungkin berdepan tindakan perundangan kita izinkan mereka diambil tindakan, manakala yang tidak bersalah jangan bimbang, mereka tidak akan diapa-apakan,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama nelayan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Kuala Kedah hari ini yang dihadiri lebih 1,000 nelayan.
Nafas merupakan agensi pertama kementerian itu yang dikenakan tindakan serius selepas laporan Pendaftar Pertubuhan Peladang mendapati berlaku salah guna kuasa dan ketirisan yang boleh menyebabkan kerugian entiti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Penggantungan pengurusan Nafas berkuatkuasa 1 Jun lalu bagi membolehkan siasatan berkaitan tadbir urus, salah guna kuasa dan ketirisan yang melibatkan anggota Jemaah Pengarah dan pengurusan dilakukan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.