`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 8, 2019

Keluarga sepakat kebumi 3 beranak maut dalam nahas di New Zealand

Kakak kepada arwah Rumihati Abdul Hamid yang terkorban bersama suami dan seorang anaknya, iaitu Taisah (dari kiri), Jeidah dan Zaiton sebak ketika ditemui di rumah keluarga mereka di Kampung Ulu Putatan di Kota Kinabalu, semalam. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Keluarga 3 beranak yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Negeri 1 di Kaikoura, New Zealand pada Jumaat lalu sepakat mengebumikan jenazah di negara itu.
Kejadian pada 3.01 petang waktu tempatan itu, mengorbankan Dr Rumihati Abd Hamid, suaminya Adnan Jeman, masing-masing berusia 49 tahun dan seorang anak perempuan pasangan itu, manakala 2 lagi mangsa sedang menerima rawatan lanjut.
Mengesahkan perkara itu, Zaiton, 61, yang merupakan kakak kepada Rumihati berkata, abangnya Othman kini dalam perjalanan ke New Zealand untuk menguruskan pengebumian.
“Adik saya, suami dan 3 anak perempuannya yang berusia 15, 13 dan 11 tahun bertolak ke New Zealand untuk bercuti pada 2 Dis lepas dan dijangka kembali ke Malaysia pada 17 Dis ini.
“Arwah merupakan anak bongsu daripada 8 beradik dan kali terakhir saya bertemu mereka pada Isnin lepas,” katanya di kediaman keluarga itu di Kampung Ulu Putatan, di sini, semalam.
Zaiton berkata, Othman yang menerima khabar sedih itu meminta mereka reda kerana kemalangan itu turut mengorbankan seorang anak saudara mereka.
Bagaimanapun, sehingga kini mereka belum dapat mengetahui identiti anak saudara yang terkorban itu.
“Saya ingat hanya adik saya dan suaminya, rupanya anaknya juga, tapi siapa yang terbabit itu kami tidak tahu,” katanya yang tidak dapat menahan tangisan.
Zaiton berkata, sebelum bertolak, Rumihati meminta mereka mengisi borang pemeriksaan kesihatan dan biasanya mereka akan pergi ke rumahnya yang terletak berhampiran rumah keluarga mereka, selepas pasangan itu berpindah 2 tahun lepas.
Beliau berkata, kebiasaannya Rumihati akan bercuti setiap hujung tahun dan pernah membawanya bercuti ke Jepun, Beijing dan Hong Kong sebelum ini.
“Anak-anak arwah sangat rapat dengan anak-anak saya sebab saya yang menjaga anak-anaknya,” katanya yang menyifatkan arwah seorang yang manja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.