`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 8, 2019

Pengusaha bas, teksi mahu untung, tapi tak bertanggungjawab, kata majlis pemikir

Syed Mohammad Faiz Azzemant berkata, kerajaan perlu mewajibkan pemandu pengangkutan awam mengikuti kursus pengendalian penumpang.
PETALING JAYA: Pengendali bas atau teksi tidak sepatutnya hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata, sebaliknya perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan setiap pemandu beradab dan berhemah ketika bertugas.
Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK), Syed Mohammad Faiz Azzemant berkata, imej yang dibawa pemandu pengangkutan awam penting memandangkan mereka bertemu orang awam, termasuk pelancong setiap hari.
Syed Mohammad melihat keperluan bagi kerajaan mewajibkan pemandu pengangkutan awam mengikuti kursus pengendalian penumpang.
“Lesen bawa bas, teksi mereka memang ada, tapi mereka tiada ‘lesen’ mengendalikan penumpang sebab itu banyak aduan pemandu kasar, cepat naik angin, malah ada yang marah penumpang sebab lewat tekan loceng.
“Pengendali perkhidmatan ini nak untung, tapi tak nak bertanggungjawab. Jika elok sikap pemandu, eloklah imej yang dipamerkan.
“Sebab itu kerajaan perlu wajibkan kursus kendali penumpang supaya mereka tahu tatasusila ketika berdepan dengan pelanggan,” katanya kepada FMT.
Katanya, melalui kursus itu kerajaan boleh menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi pemandu dan pengendali perkhidmatan awam dan sekiranya gagal boleh dikenakan tindakan, termasuk menggantung lesen.
Tambahnya, menjelang Tahun Melawat Malaysia tahun depan, imej negara begitu penting dan pemandu perkhidmatan awam menjadi ejen barisan hadapan negara.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru kerajaan tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap pengendali perkhidmatan yang culas dalam menjamin keselamatan penumpang.
“Pemandu bawa bas saja, bukan mereka yang tukar tayar, tukar brek dan sebagainya. Jaga keadaan kenderaan, servis bila tiba masa, ganti tayar yang haus, ini semua pengusaha kena buat.
“Mereka perlu pastikan bas dalam keadaan baik sebelum ambil penumpang sebab ini libatkan nyawa, bukan main-main. Keadaan bas yang tak stabil berisiko tinggi di jalan raya.
“Jadi, kalau berlaku perkara tidak diingini, jangan hanya pemandu dikenakan tindakan, senarai hitam pemilik supaya mereka tak buka syarikat baru dengan tukar nama. Sikap tidak bertanggungjawab tetap tak ubah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.