`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, December 7, 2019

Skuad dodgeball Malaysia raih perak di kejohanan dunia

Skuad lelaki dan wanita dodgeball Malaysia bergambar di KLIA semalam, setibanya dari Cancun, Mexico selepas mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Dunia Dodgeball 2019. (Gambar Bernama)
SEPANG: Skuad dodgeball negara masih menjadi antara pasukan terbaik dunia selepas pasukan lelaki dan wanita masing-masing meraih pingat perak dalam aksi final Kejohanan Dodgeball Dunia 2019 di Cancun, Mexico.
Biarpun kempunan gelaran juara, pengurus pasukan negara, Teo Yong Jiew tetap berpuas hati dengan keseluruhan aksi kontinjen yang menyaksikan pemain pasukan lelaki, R Harigaran merangkul gelaran pemain paling bernilai selepas tamat perlawanan Isnin lalu.
“Kami tetap gembira dengan pencapaian pasukan negara, tetapi belum puas selagi tidak membawa pulang emas,” katanya kepada Bernama setibanya bersama kontinjen negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.
Pada aksi final bertemu Amerika Syarikat, pasukan lelaki negara tewas 4-9, manakala pasukan wanita kalah tipis 5-7.
Teo berharap skuad dodgeball negara akan terus berjuang dalam misi memburu emas dan memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri pada Kejohanan Asia Pasifik 2020 yang akan menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah pada April depan.
Sementara itu, kapten pasukan lelaki, Carlos Goonting berpuas hati dengan prestasi semua anggota sepanjang kejohanan, namun mengakui pasukannya sedikit hilang rentak pada perlawanan akhir.
“Saya berpuas hati dengan semua pemain, terutamanya pada pusingan separuh akhir kami menewaskan pasukan Kanada 13-5, tetapi pada pusingan final adanya ‘calls back’ daripada pengadil yang sepatutnya memberi mata untuk kami, tetapi ia berpihak kepada pasukan lawan mengakibatkan ada di antara kami hilang fokus.
“Kekurangan pegawai dalam pengurusan dan tiada jurulatih juga punca kegagalan, sukar apabila beberapa pemain terpaksa memainkan peranan berganda.”
Carlos yakin dengan adanya pengurusan lebih lengkap selepas ini, pasukan negara akan lebih fokus kepada permainan.

Menurut ketua pasukan berusia 26 tahun itu, skuad negara akan berehat seketika selepas giat menyertai pelbagai kejohanan sejak awal tahun ini, sebelum memulakan latihan untuk kejohanan Asia Pasifik tahun depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.