`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 26, 2019

Video perarakan bawa "bendera komunis" di Pulau Pinang pula tersebar

HARI ini tersebar di media sosial Facebook, satu klip video rakaman perarakan didakwa membawa bendera "Komunis," yang dikatakan berlangsung di Jalan Raja Uda, Butterworth Pulau Pinang.

Bendera Komunis

Individu yang merakam video itu boleh didengar suaranya menyifatkan perarakan itu satu perbuatan "bangsat" dan "melampau".

Fitnah

Penyebaran video itu oleh penyokong UMNO dilihat berjaya menimbulkan kemarahan orang ramai, dan macam biasa kerajaan Pakatan Harapan akan dikecam dan dipersalahkan.

komen

Namun bendera itu sebenarnya bukanlah bendera Komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh penyokong-penyokong pembangkang.

Sebaliknya, bendera dengan logo huruf "K" itu sebenarnya adalah bendera Kiwanis — Sebuah pertubuhan kanak-kanak bertaraf dunia.

Kiwanis

Kiwanis merupakan sebuah kelab antarabangsa yang diasaskan dalam tahun 1915 di Detroit, Michigan. Ibu pejabatnya di Indianapolis, Indiana Amerika Syarikat sedang kini boleh ditemui di lebih 80 negara.

Kiwanis juga berada di Malaysia, maka tidak hairanlah perarakan pertubuhan itu dianjurkan di Malaysia.

Ternyata penyebaran video kononnya perarakan "Komunis," ini tidak lain dan tidak bukan adalah fitnah semata-mata untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Di bawah ini rakaman video fitnah yang dimaksudkan (sila klik button play, untuk menonton video).



Sebenarnya terlalu banyak fitnah disebarkan oleh penyokong-penyokong pembangkang di media sosial, sampai tak terlayan nak kaji dan teliti satu persatu.

Sumber — milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.