`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, December 2, 2019

Zahid, isteri belanja RM1.3 juta beli barang mewah di luar negara

Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya, Hamidah Khamis masing-masing mempunyai 2 kad kredit. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahmad Zahid Hamidi membayar hampir RM1.3 juta bagi 4 kad kreditnya antara Januari 2014 dan Januari 2016 yang digunakannya, termasuk untuk membeli barang mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat (AS) dan Itali.
Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden Kanan Ambank Berhad (Ambank) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kad kredit dan kawalan penipuan, Yeoh Eng Leong kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Beliau berkata, bayaran sebanyak RM1,296,715.98 dicatatkan untuk 4 kad kredit, AmIslamic Bank VISA Infinite (VISA 0344 Zahid Hamidi), AmIslamic Bank World Mastercard (Mastercard 1095 Zahid Hamidi), AmIslamic Bank VISA Infinite (VISA 0419 Hamidah Khamis) dan AmIslamic Bank World MasterCard (Mastercard 1137 Hamidah Khamis).
Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata, bekas timbalan perdana menteri itu memilik 2 kad utama, manakala isterinya, Hamidah Khamis memegang 2 kad tambahan.
“Semua 4 kad mempunyai gabungan had kredit RM250,000,” katanya semasa membaca pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt pada hari kelima perbicaraan kes Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akal Budi berjumlah jutaan ringgit.
Yeoh berkata, selain 3 negara itu, Zahid dan Hamidah turut menggunakan kad tersebut di Kuala Lumpur, United Kingdom, Britain, Korea Selatan, Ukraine, Australia, Hong Kong, Vietnam, Indonesia dan China.
Saksi itu merujuk penyata kad kredit bertarikh 28 April 2014, VISA 0419 milik Hamidah yang digunakan dalam beberapa transaksi di Hong Kong, Malaysia dan Australia berjumlah RM130,359.83.
Jumlah itu termasuk RM26,893.33 yang dibelanjakan di Burberry Asia Ltd di Kowloon, Hongkong; RM9,500 di Louis Vuitton di Starhill, Kuala Lumpur; RM7,919.35 di Swarovski di Melbourne, Australia; dan RM18,568.66 di sebuah lagi gedung Louis Vuitton di Southbank, Australia.
Kad sama turut digunakan untuk membayar RM215,542.69 bagi pembelian di New York, AS sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata kad kredit bertarikh 28 Jun 2014.
Ia termasuk RM130,313.20 dibelanjakan di Stefano Ricci America, RM17,252.34 di Burberry 400 dan RM45,095.60 di Brioni.
Pegawai bank itu berkata, berdasarkan rekod pembayaran bagi Januari 2014 hingga Januari 2016, Zahid membuat 37 pembayaran secara keseluruhan.
“Daripada 37 pembayaran berkenaan, 2 cek dikembalikan. Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, pembayaran dibuat melalui cek tempatan.
“Jumlah pembayaran yang diterima dari Januari hingga Disember 2014 ialah RM534,412.52; Januari hingga Disember 2015 sebanyak RM708,134.47 manakala Januari 2016 ialah RM54,168.99.”
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran, siapa yang biasanya membuat pembayaran kad tambahan, Yeoh menjawab: “Pemegang kad utama, Ahmad Zahid”.
Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah, 8 bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.
Perbicaraan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - FMT

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    ReplyDelete