`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 29, 2020

DAP Benci Penjawat Awam Sebab Mereka Majoriti Melayu?

(Ismaweb) – Mengapa DAP begitu dengki dan benci kepada penjawat awam sehingga mempertikai bantuan tunai RM500 yang diumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan sikap parti berkenaan yang tidak senang dengan penjawat awam.
Beliau berkata, DAP sebelum ini pernah menganggap penjawat awam sebagai golongan yang bermasalah dan perlu dikurangkan saiznya.
“Kini bila PM umum beri bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam untuk merangsang ekonomi pun DAP persoalkan. Mengapa DAP begitu dengki dan benci kepada penjawat awam, apakah hanya kerana majoriti daripada mereka berbangsa Melayu?
“Ingatlah, tanpa sumbangan penjawat awam pentadbiran negara akan terhenti, apalah sangat nilai RM500 dibanding jasa bakti mereka. Apa DAP ingat penjawat awam tidak susah jugakah ekoran wabak COVID-19 ini?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, mempertikai pemberian insentif khas RM500 kepada penjawat awam susulan krisis COVID-19 di negara ini.
“Saya sokong insentif yang diberikan kepada petugas barisan hadapan COVID-19. Muhyiddin perlu jelaskan kenapa beliau juga memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam lain, apabila mereka dibayar gaji penuh dan tidak bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya apabila negara melalui krisis kesihatan dan kewangan?” soal Koo Ham.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang menyeluruh kepada semua rakyat termasuk golongan B40 dan M40.
Melalui pakej itu, kakitangan awam gred 56 dan ke bawah termasuk yang bekerja secara kontrak diberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 mulai April ini.

2 comments:

  1. Dakwaan yang tidak berasas dan sekali lagi cuba menimbulkan isu perkauman

    ReplyDelete
  2. Jika Madey masih PM. Rakyat sudah tahu apa dia akan cakap.
    1)Kerajaan Takde Duit .
    2) Rakyat mesti IKAT PERUT .
    3) BN sudah rompak semua duit .
    4) Melayu jangan malas & harapkan wang kerajaan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.