`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 29, 2020

Ezam Mohd Nor Pula Dibogelkan

1. Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah bekas PM Malaysia yang sekarang menghadapi tuduhan mahkamah dalam kes pecah amanah wang negara terbesar dalam sejarah dunia moden.
2. Kenyataan beliau semalam (BACA DI SINI: NAJIB BOGELKAN ANWAR) menyanggah usaha pembangkang khususnya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai blok Pakatan Harapan di dalam memberikan check dan balance kepada pakej rangsangan Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat tidak wajar.
3. Seorang yang menghadapi tuduhan berat di mahkamah seperti Najib sebaiknya jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan dan pembangkang.
4. Tugas pembangkang yang efektif dan bertanggungjawab memang seharusnya bersikap kritis dan serius di dalam menentukan polisi kerajaan tidak diselewengkan. Apatah lagi terhadap sebuah kerajaan yang dibina atas asas penyelewengan.
5. Tidak seperti pembangkang sebelum ini yang tidak efektif kerana tumpuan hanya kepada mencuri kembali kuasa dan lepas hukuman jenayah, pembangkang hari ini bekerja menjadi pembangkang efektif.
5. Cukuplah dunia heran dan ketawa melihat kerajaan ini dibina oleh tandatangan dan sokongan ahli parlimen yang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah spt Najib.
6. Kita juga wajar curiga dan mempersoalkan apakah sokongan hebat Najib kepada Muhyidin sbg PM sekarang sebahagian dari Pakej Rangsangan untuk lolos dari hukuman?
7. Najib, cukuplah menjadikan Malaysia bahan lawak dunia.
8. JUST STAY IN COURT (or jail, later).
Mohamad Ezam Mohd Nor
*********************************************************************

KISAH EZAM ‘KATAK’ YANG KENA KURUNG DALAM KOTAK

Ezam Mohd Nor menguak dan berdengkang lagi. Kali ini marah betul dia dengan Najib Tun Razak. Bukan apa, Najib hanya jawab dan ulas sikit saranan ketua ‘terkini’ kepada Ezam iaitu Anwar Ibrahim. Anwar macam biasala, nak cari publisiti tanpa mengira masa dan tempat.
Nak bahas cadangan PM kat Parlimen. Satu dunia sedang kempen nak elak berhimpun di tempat keramaian, Anwar pulak nak berhimpun. Macam yang saya cakap tadi, Anwar saja nak publisiti. Asal boleh cakap, cakap je. Biar pun nampak otak tu letak kat kepala lutut.
Sama juga macam mamat kotak Ezam ni. Tapi air liur mamat Ezam ni ‘mahal’ sikit. Kena pam modal baru dia bercakap. Macam ‘puppet’ jalanan. Tapi puppet di jalanan ni mencari rezeki halal atas kebolehan mereka. Tidak pernah bertukar tuan. Sendiri jadi bos.
Tapi Ezam kotak ni lain. Dia sudah tukar banyak bos. Dia sering berusaha ke arah itu. Sapa naik, ke situlah dia pergi. Bila perangai dia makin terserlah, ramai ‘bos-bos’ tak nak pakai dia. Bos-bos tahu, mamat kotak jenis gigit tangan yang bagi dia makan.
Bila tak banyak pilihan, kembalilah dia kepada bekas bakal PM ke-8, bekas bosnya yang dia pernah kata ‘kaki bontot’ suatu masa dahulu. Soalnya bila mamat kotak ni kembali menjilat bekas bosnya itu, relakah dia bertuankan seorang yang macam pernah dia kata dahulu?
Ni dia sendiri yang kata tau. Bukan fitnah, bukan berita palsu. Banyak klip video yang tunjuk mamat ni sedap mulut ‘menyental’ perangai bosnya yang terkini. Tak jumpa pulak kenyataan mamat kotak ni tarik balik tuduhan terhadap bosnya yang terkini.
Kita nak berpolitik, berpolitiklah. Tapi kena ada maruah. Maruah kita pada tindakan kita. Kalau dah rekod melompat mencari bos baru dah melebihi Ibrahim Ali, mamat kotak yang jadi katak ni elok kita salaikan saja. Maruah konon. Pirahhh!!
Kurang-kurang Ibrahim Ali bila tak dapat cari ‘bos’ baru, dia sendiri bertukar jadi bos. Dapat la juga jadi Presiden NGO PERKASA dan parti PUTRA. Ezam? Melompat sana-sini. Akhirnya terkangkang mendedahkan kemaluan sendiri. Buat parti sendiri, kemudian keluar parti sendiri.
Lagi teruk menjadi katak jadian dari Ibrahim Ali.
Bila mamat ni masuk balik ke dalam ‘kotak’ Anwar, dia kenalah buat bunyi bising. Kita kena faham, ‘kotak’ yang Anwar sediakan untuk mamat ni adalah kotak bertutup. Ia langkah keselamatan agar mamat ni tak melompat keluar lagi. Sekurang-kurangnya untuk masa terdekat ni.
Makanya, ‘katak’ ini kenalah berdengkang atau menguak (bunyi katak) dari dalam kotak bertutup. ‘Dia’ tak tau panas ke, terik ke, mendung ke. Yang penting, berbunyi je lah. Tu yang ‘mamat katak dalam kotak’ ni asyik berbunyi sekarang, walaupun matahari di luar sana memancar dengan terik sekali….
Yang faham, fahamlah, yang idok, buat-buat faham je lah….
Paku Warren

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.