`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 3, 2020

Juwairiya tak lompat parti

a person wearing a scarf: Juwairiya Zulkifli. FOTO NSTP© Provided by Harian Metro Juwairiya Zulkifli. FOTO NSTPyusmizal@hmetro.com.my
AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menafikan dia dan beberapa lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti yang tular di media sosial, hari ini.
Katanya, mereka masih lagi ahli yang setia kepada parti dan tuduhan mengatakan mereka akan lompat parti susulan perubahan kerajaan pusat adalah tidak benar.
Katanya, dia dihujani panggilan telefon serta kiriman WhatsApp daripada penyokong parti yang bertanyakan mengenai kesahihan itu sejak pagi.
“Saya terima mesej berkenaan jam 11 pagi tadi. Rasa nak ketawa pun ada kerana ia sama sekali tidak berasas.
“Kami pun hairan bagaimana perkara ini boleh disebarkan sedangkan kami tidak ada apa-apa masalah dengan parti mahu pun pimpinan.
“Mungkin ada yang tidak senang dengan kami menyebabkan ada pihak mereka cerita bahawa kami akan lompat ke Bersatu sedangkan kami masih setia dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Terdahulu tular di media sosial mesej mengenai Juwairiya dan empat yang lain akan menyertai Bersatu mengikut jejak bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mesej itu berbunyi “Info Dalaman Daripada Kartel: Adun Lembah Jaya, Sementa, Bukit Melawati Dan Pelabuhan Klang Dijangka Akan Umum Keluar Parti Keadilan Dan Menyertai Bersatu Dalam Masa Terdekat”.
Komposisi DUN Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu ialah PKR memiliki 21 kerusi, DAP (16), AMANAH (lapan), Bersatu (lima), BN (lima) dan PAS (satu).
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, negeri itu masih ditadbir PH dan kedudukan wakil rakyat dari Bersatu hanya akan dilihat semula selepas pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan selesai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.