`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 29, 2020

Larangan bawa pulang makanan di 3 daerah Pahang mulai Selasa

Penjualan bawa pulang di 3 daerah Pahang itu meliputi restoran makanan segera dan ia berkuat kuasa sehingga Putrajaya menarik balik PKP bagi membendung penularan Covid-19.
KUANTAN: Semua premis makanan di daerah Jerantut, Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan bawa pulang atau “takeaway” mulai Selasa ini, kata Setiausaha Kerajaan Pahang, Sallehuddin Ishak.
Beliau berkata, arahan itu turut meliputi restoran makanan segera di 3 daerah terbabit dan berkuat kuasa sehingga Putrajaya menarik balik perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.
“Arahan ini dilaksanakan untuk memperketatkan operasi premis menjual makanan di daerah terlibat kerana jumlah Covid-19 di Jerantut dan Pekan yang tertinggi di Pahang, manakala situasi penularan membimbangkan dicatat di Raub.
“Sepanjang arahan ini berkuat kuasa, hanya perkhidmatan secara penghantaran saja dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sallehuddin berkata, sepanjang penguatkuasaan arahan itu, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan tegas untuk memastikan ia dipatuhi.
PKP yang bermula 18 Mac lalu sepatutnya berakhir 31 Mac ini, tetapi ia dilanjutkan sehingga 14 April ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.