Terbukti akhirnya sebenarnya cerita negara ada masalah kewangan sememangnya penipuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng. Negara diserahkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak pada Pakatan Harapan dalam keadaan baik.
Pengumuman pakej rangsangan ekonomi sebanyak 250 bilion jelas menunjukkan bahawa ianya datang daripada penjualan aset, pinjaman, penerbitan bond, penjarahan duit petronas dan macam-macam sumber yang Pakatan Harapan lakukan semasa 22 bulan memerintah.
250 bilion hampir pendapatan negara setahun, sedangkan pendapatan negara tinggal 1/3 untuk petroleum, pertumbuhan ekonomi merudum, kehilangan pendapatan akibat kesan kegawatan ekonomi dan kesan Covid-19.
Pengumuman Perdana Menteri hari ini jelas menunjukkan bahawa wang yang bakal dibelanjakan bukan dari unjuran pendapatan sangat tetapi duit yang sudah di tangan dan menjadi tanda tanya dimana ianya disimpan. Terima kasih Dato’ Sri Najib kerana meninggalkan negara dalam keadaan baik dan membolehkan kita berhadapan dengan situasi penat sekarang.
Apapun, kita kena ucap tahniah juga kepada YAB Perdana Menteri kerana berani mengambil risiko membelanjakan duit dengan jumlah yang sangat besar tersebut dikala sebahagian besar rakyat didalam keadaan sangat memerlukan. Sekiranya negara masih diperintah oleh Dr Mahathir, sudah pasti keutamaan akan diberikan untuk menyelamatkan kroni-kroni beliau berbanding rakyat terbanyak.
Terima kasih Tan Sri Muhiyiddin kerana banyak mendengar pandangan Dato’ Sri Najib, Tengku Razaleigh Hamzah, dan mendengar suara rakyat biasa dibawah yang terjejas akibat wabak Covid-19 ini. Masih belum terlambat untuk mula melakukan benda yang betul buat rakyat. Terima kasih.
Dato’ Lokman Noor b. Adam
Presiden
Laskar Siber Malaysia
Presiden
Laskar Siber Malaysia
Wow! Betul betul IQ of a carrot. Umno made no mistake to sack him.
ReplyDeleteHe uses his butt to talk.