`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 8, 2020

MTEM bimbang PKS ‘dianak tiri’ daripada bantuan kerajaan

MTEM berkata agak ramai peniaga PKS yang tidak lengkap dokumentasi, tidak mencarum Perkeso atau mendaftar di SSM. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) melahirkan kebimbangan jika hanya golongan tertentu mendapat bantuan pakej prihatin tambahan sebanyak RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata kebanyakan PKS yang kecil akan “dianak tirikan” oleh sistem yang mengejar keuntungan bukan dengan semangat memberi bantuan.
“Sebilangan besar golongan akan terkesan kemungkinan terdiri daripada peniaga Bumiputera di semua peringkat dan juga usahawan atau peniaga yang baru bermula (kurang 2 tahun) tanpa mengira bangsa.
“Ini akan menyukarkan lagi matlamat Agenda Kemakmuran Bersama yang kerajaan inginkan selepas ini,” katanya kepada FMT.
Yazid berkata MTEM juga bimbang jumlah peniaga yang tidak layak menerima bantuan itu kerana agak ramai yang tidak lengkap dokumentasi, tidak mencarum Perkeso atau mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagainya.
Beliau berkata tinjauan MTEM menunjukkan setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza untuk meluluskan pinjaman seperti tertakluk pada jenis perniagaan yang dijalankan dan berapa lama ia berjalan.
“Dapatan kami juga, ada bank yang masih ingin syarat-syarat yang menentu kemampuan untuk membayar semula menjadi faktor lulus atau gagal permohonan.
“Seperti CCRIS , perlunya ‘audited account’, kecekapan serta kecepatan bank dan agensi berkaitan memproses dan melepas dana juga akan menjadi faktor.
“Dapatan kami, banyak bank hanya akan dahulukan syarikat dikategorikan sebagai yang baik untuk bank,” katanya.
Yazid berkata banyak agensi kerajaan yang berkaitan perlu digerakkan untuk membantu menjayakan Rangsangan Ekonomi Prihatin. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.