PETALING JAYA: Selangor akan melaksanakan satu inisiatif pembelian atas talian bagi menggantikan bazar Ramadan yang dibatalkan di negeri itu.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata ekosistem keusahawanan baru itu bakal menyaksikan kerjasama dengan syarikat penghantaran, Grab Malaysia.
“Platform digital ini dinamakan e-Bazar Ramadan Selangor Grab membolehkan para peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan.
“Selain itu, ia juga memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian,” katanya yang mengakui pembatalan bazar Ramadan di negeri itu dijangka menjejaskan pendapatan hampir 17,000 peniaga dan penjaja.
Pada 1 April lalu, Selangor membatalkan penganjuran bazar Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan memasuki fasa ke-2 minggu ini.
Amirudin berkata pembatalan itu hanya akan ditarik balik sekiranya kerajaan Selangor mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Dalam pada itu, Amirudin berkata konsep bazar Ramadan digital itu hanya membenarkan pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh KKM.
Katanya, sebanyak 15 lokasi dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat.
“Di peringkat kerajaan negeri, pelaksanaan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan Hijrah.
“Kerajaan negeri percaya ini merupakan salah satu usahasama strategik awam-swasta yang diperlukan ketika ini bagi menghadapi norma baru akibat wabak Covid-19,” katanya.
Amirudin berharap semua pihak dapat mengambil manfaat daripada inisiatif digitalisasi itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.