`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 24, 2020

Tolonglah Sediakan Lagi Banyak Peluang Pekerjaan Jadi Food Delivery, Jual Burger, Jual Petai Dari Bonet Kereta, Jual Tom Yam. Tolonglah.



Penduduk DUN Chini harap pembangunan dan peluang pekerjaan golongan muda

antara yang mahu dibangunkan ialah kemudahan sukan dan rekreasi
buka potensi anak-anak menceburi bidang sukan secara profesional

kemungkinan dibangunkan lagi kemudahan sukan di sini.

pembangunan perumahan generasi ke-2 peneroka Felda 
meningkatkan rawatan air bersih bagi penduduk

ramai yang tidak mempunyai kediaman sendiri 
terpaksa menumpang di rumah ibu bapa

penduduk harap peluang pekerjaan baru 
berbanding hanya perladangan

peluang pekerjaan bagi penduduk perlu diberi penekanan 
PRK DUN Chini 4 Julai melibatkan pertandingan 3 penjuru 

My comments :

Cerita dia macam ini Tuan-Tuan.

Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan pusat bandar yang besar seperti itu pun paling ramai anak muda Melayu (termasuk graduan universiti) sekarang bekerja sebagai penganggur. 

Ataupun mereka kerja cuci rumah. 
Lepas itu bekas engineer kerja cuci rumah pun boleh bankrap.

Yang ramai lagi kerja Food Delivery.
Jual petai dari belakang bonet kereta.
Jual tomyam, burger, apam balik dsbnya.


Inilah keadaan di Kuala Lumpur, Lembah Kelang, Pulau Pinang dan bandar besar.

Sejak 50 tahun DEB (Dasar Ekonomi Bebal) telah menghapuskan daya saing dan semangat berdikari orang Melayu - walau sedikit manapun pernah ada. 

Jadi apakah keadaan rakyat DUN Chini sejak 62 tahun dibawah naungan ahli politik kita ?  

Tak cukup air bersih, ramai orang tak ada rumah, anak muda tak ada kerja dan banyak lagi tak ada lah.

Tak ada, tak ada, tak ada.

Takpelah. 

Musim gajah mengawan sudah tiba kembali.
Petang nanti Tuan-Tuan pergilah dengar ceramah politik mereka.

Dia cakap bangsa, berbangsalah.
Dia cakap agama, beragamalah.
Dia cakap bahasa, berbahasalah.
Dia tak ada modal lain.
Jual air liur sahaja.

Di sini ada soalan cepu mas.

Tak kisahlah PN menang ke, Bebas menang ke, PH menang ke, PAS menang ke, BN menang ke - pada pagi selepas pilihanraya kecil Chini nanti,  Tuan-Tuan rasa anak-anak muda akan dapat kerja ke?

Ataupun air bersih akan memancut-mancut keluar daripada paip ajaib ke?

Ataupun setiap penduduk yang tidak mempunyai rumah akan dapat banglo berbumbung zink secara ajaib ke? 

Jangan tenggelam dalam khayal ok. 

One step at a time ok.
Minta RM500 BRIM dulu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.