`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 13, 2020

Parlimen lulus RUU Perbekalan Tambahan 2019 lebih RM7 bilion

Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan RUU Perbekalan Tambahan 2019 sebanyak lebih RM7bilion di peringkat jawatankuasa disusuli sesi penggulungan oleh kementerian terlibat semalam.
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 untuk memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 sebanyak RM7,005,753,850.
Rang undang-undang yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan 1 Abdul Rahim Bakri itu diluluskan selepas bacaan kali ke-3 dan mendapat sokongan suara terbanyak ahli Parlimen.
Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2019 ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM1.072 bilion dan RM778.6 juta untuk menampung perbelanjaan luar jangka 2019.
Sebanyak RM5.155 bilion pula adalah peruntukan tambahan langsung kepada kementerian dan jabatan yang diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi peruntukan bagi membiayai perkara yang komited pada 2019.
Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa disusuli sesi penggulungan oleh kementerian yang terlibat dalam anggaran perbelanjaan tambahan tersebut.
Kementerian berkenaan ialah Kementerian Kewangan sebanyak RM3.628 bilion, Kementerian Kesihatan (RM1.179 bilion), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (RM635.9 juta), Kementerian Pendidikan (RM623.7 juta), Kementerian Pertahanan (RM362.9 juta), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM313.2 juta) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM77.1 juta).
Ia turut melibatkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (RM58.2 juta), Kementerian Industri Utama (RM40.3 juta), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (RM39.4 juta), Kementerian Kerja Raya (RM16.1juta), Suruhanjaya Pilihan Raya (RM15.6 juta), Kementerian Luar Negeri (RM13.9 juta) dan Kementerian Pengangkutan (RM50 juta).
Rang undang-undang itu diluluskan di peringkat dasar semalam dengan sokongan suara terbanyak ahli Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.