`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 19, 2020

Calon PM: Nurul Izzah Kritik Guan Eng

 

(Suara Merdeka) – Aahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mengkritik kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkaitan calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, ketika ini Ahli Parlimen Bagan itu sepatutnya memberi tumpuan terhadap Pilihan Raya Negeri Sabah dan bukannya melanggar semangat setiakawan.

“Fokusnya pilihanraya negeri Sabah, bukannya berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan,” ciap Nurul Izzah di Twitter sambil berkongsi laporan portal berita The Malaysia Insight bertajuk ‘Beri Shafie peluang jadi PM jika Anwar tiada sokongan, kata Guan Eng.

Portal itu melaporkan, Guan Eng berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi pilihan sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali menguasai kerajaan persekutuan.

Bercakap kepada Free Malaysia Today dalam satu wawancara, bekas menteri kewangan itu bagaimanapun berkata, Anwar adalah pilihan pertamanya tetapi menambah presiden PKR itu harus memberi jalan kepada Shafie jika mendapat lebih banyak sokongan.

“Kami menyokong Anwar untuk mendapat jumlah itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya kepada PM pertama dari Malaysia Timur,” kata Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Sebelum ini DAP dan Amanah mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad terus diberikan peluang untuk menjadi calon perdana menteri Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang mahukan presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Cadangan PKR itu bagaimanapun ditentang oleh beberapa pihak dalam PH sehingga nama Shafie disebut sebagai calon Perdana Menteri.

Sehingga ini Pakatan Harapan masih berbelah bahagi mengenai calon perdana menteri gabungan itu. Isu tersebut masih lagi tergantung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.