`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 28, 2020

Covid-19: Operasi pejabat TH di Lahad Datu ditangguh

 

Tabung Haji berkata, waktu operasi pejabatnya Tawau dan Semporna juga diubah kepada 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini bagi mengawal jangkitan Covid-19.

KUALA LUMPUR: Operasi pejabat Tabung Haji (TH) Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan, demikian menurut TH.

TH menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, penangguhan operasi dibuat susulan proses saringan kesihatan ke atas semua petugas di situ.

Sementara itu, waktu operasi pejabat TH di Tawau dan Semporna juga diubah kepada 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini sehingga tarikh yang akan ditetapkan, bagi mengawal jangkitan Covid-19.

“Pendeposit boleh melakukan transaksi TH mengunakan perkhidmatan dalam talian THiJARI dan rakan strategik TH,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.