PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berjanji akan menunaikan janji Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah secepat mungkin.
“Rakyat Sabah sudah memilih dan sudah tiba masanya kita mulakan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh intergriti dan beramanah.
“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan dibentuk seberapa segera mendapat sokongan padu daripada kerajaan persekutuan yang saya pimpin. Apa yang saya janji dalam PRN ini akan saya tunaikan secepat mungkin,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung malam ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini mengumumkan gabungan itu meraih majoriti mudah pada PRN Sabah ke-16 dengan memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi.
GRS merangkumi Perikatan Nasional yang memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (14 kerusi) dan PBS (7 kerusi).
Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan Upko (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.