`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 6, 2020

Kerusi untuk PKR dalam PRN Sabah ‘sangat kecil’, kata Saifuddin

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu pembahagian kerusi akan dimuktamadkan dalam PH sebelum penamaan calon Sabtu depan bagi mengelakkan pertindihan atau perebutan kerusi. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk ditandingi PKR dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah akhir bulan ini sangat kecil, kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.
“Sangat kecil, sangat kecil, untuk Keadilan (PKR) punya (jumlah kerusi) sangat kecil,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan Sabah di sini, hari ini, semasa ditanya mengenai jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk PKR pada PRN itu.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan isu pembahagian kerusi akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon Sabtu depan bersama-sama parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan sebarang pertindihan atau perebutan kerusi.
Saifuddin berkata, isu pembahagian kerusi turut dibincangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dalam pertemuan tertutup di sini, hari ini.
“Kita perlu juga mengambil kira kawasan yang ada penglibatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Amanah atau DAP dan itu lumrah dalam mana-mana proses perundingan kerusi,” katanya.
Saifuddin berkata, PKR juga mengambil kira dan melihat keperluan untuk bertanding semula di kawasan yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas.
Pada PRU14, PKR bertanding di 8 kerusi dan menang di 2 kerusi, iaitu di Dewan Undangan (DUN) Api-Api dan Inanam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.