`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 28, 2020

Ronnie Liu bebas dengan jaminan polis

 

Adun Sungai Pelek Ronnie Liu (kiri) bersama 2 individu di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas dibebaskan dengan jaminan polis. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Adun DAP Ronnie Liu Tian Khiew yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan komen menghasut di Facebook dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo memaklumkan perkara itu melalui Facebook dengan memuat naik gambar Adun Sungai Pelek itu bersama 2 individu di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Baru dimaklumkan Ronnie Liu telah pun dilepaskan atas jaminan polis,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan Ronnie ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan (Akta 15) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) berhubung komen menyentuh tunjuk perasaan di Bangkok, Thailand.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, Ronnie disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta 15, iaitu melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, dan Seksyen 233 Akta 588, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.