KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengingatkan orang ramai agar mengelakkan aktiviti kunjung-mengunjung dan rumah terbuka sempena sambutan Chap Goh Mei, esok.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, ini bagi menghindar jangkitan Covid-19 seperti berlaku di Kluster Mawar, di Sandakan, baru-baru ini.
Selasa lalu, beliau berkata Kluster Mawar mencatat 15 kes dan siasatan mendapati penularan jangkitan terjadi semasa menghadiri majlis makan malam sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 12 Feb.
Sementara itu, Masidi berkata, daripada 93 kes positif Covid-19 yang dicatatkan hari ini, sebanyak 45 kes (48.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat.
“Selain itu, saringan bergejala 12 kes (12.9%), saringan kluster baharu dan sedia ada 31 kes (33.3%), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan lima kes (5.4%) adalah dari lain-lain kategori.
“Jumlah kapasiti katil di hospital Covid-19 sebanyak 785 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,913 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) serta Penjara pula 1,000 unit.
“Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,698 unit manakala peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 13.78%,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.