`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 8, 2021

Sewa vila sambut hari lahir, 17 dikompaun ingkar PKP

 

Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard PKP dipatuhi, mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila itu. (Gambar Facebook)

LANGKAWI: Polis mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana mengadakan sambutan hari lahir semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di sebuah vila di Ulu Melaka, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata, anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKP dipatuhi, mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila tersebut, pada 1 pagi.

“Semasa pemeriksaan, terdapat 13 lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 32 tahun, di dalam vila tersebut.

“Kumpulan tersebut yang tinggal di sekitar pulau ini menyewa vila tersebut, untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir seorang rakan mereka. Bagaimanapun ketika pemeriksaan, rakan yang diraikan itu tidak berada di lokasi tersebut kerana pulang sebentar ke rumahnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Shariman berkata, semua yang ditahan dibawa ke balai polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, sebelum dibebaskan.

“Saringan air kencing ke atas mereka juga didapati negatif,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.