Yang berikut adalah sedikit hasil buah fikiran daripada seorang pembaca Mohamad Ali. (terima kasih). Saya tidak boleh "tidak setuju" atau "setuju" sepenuhnya dengan pandangan penulis Mohamad Ali. Saya telah selitkan sedikit komen sendiri dalam warna biru.
Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Bukan Iblis. Bukan Malaikat. Bukan haiwan. Bukan makhluk lain.
Manusia dikurniakan sesuatu yang sangat 'POWERFUL' iaitu AKAL FIKIRAN. Manusia sudah cipta Kapal Terbang. Besi yang begitu berat boleh terbang di udara lebih laju dan lebih jauh dari burung. Manusia sudah cipta Kapal Pengangkutan di mana besi yang begitu berat boleh terapung di atas lautan. Manusia sudah cipta Kapal Selam yang dapat menyelam begitu dalam pada jangka masa yang panjang. Manusia sudah cipta roket untuk naik ke bulan membuat kajian tentang angkasa lepas.
OSTB : Surah 10:100 Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak menggunakan akal ("laa ya'qiluun")
Maka, tidak mustahil bagi manusia berupaya mencipta suatu alat yang dapat membolehkan manusia melihat makhluk2 ghaib seperti Iblis. Sekarang ni pun dah program TV untuk mencari 'hantu' menggunakan alat detect gelombang hantu.
OSTB Surah 7:27 Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kemaluan mereka. Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dari tempat kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Kita tahu Iblis diciptakan dari api. Dalam Sains, Api terdiri dari elektron2 yang bergerak. Sebenarnya manusia sudah lama terlibat dengan benda ghaib seperti tenaga elektrik. Kita tahu ada pengaliran elektrik, tapi tak nampak elektrik dengan mata kasar kita. Kita dengar gelombang bunyi tapi tidak nampak bunyi itu sendiri. Malangnya, pemahaman kita akan perkara2 ghaib hanya disempitkan pada Jin dan Jembalang sahaja.
Manusia juga sudah berjaya cipta alat untuk scan baby dalam perut ibu yg mengandung. Dulu hanya 2D skg sudah 3D. Manusia sudah cipta alat X-Ray untuk tengok dalam anggota badan manusia. Betapa banyak manfaat diperolehi oleh mankind hasil ciptaan alat X-Ray ini.
Dulu2 kita anggap adalah mustahil kita boleh mendengar suara dari beribu batu jauhnya. Harini kita boleh bercakap dengan sesiapa pun tanpa wayar beribu-ribu batu jauhnya. Ghaib. Wayar takde. Gelombang suara tak nampak. Tapi suara sampai split second je ke telinga kita. Dulu2 kita anggap mustahil boleh berhubung secara live sampai nampak muka. Harini dengan mudahnya kita berhubung sesama manusia menggunakan segala macam aplikasi yang PERCUMA sahaja. Dapat tengok muka sambil bercakap.
Akhir-akhir ini, trend membodohkan manusia sedang giat berjalan. Trend anti-vaksin, anti-logik, anti-moden, anti-sains dan anti-kemajuan.
OSTB :
Surah 10:100 Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak menggunakan akal ("laa ya'qiluun")
Surah 43:37 Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Apabila Allah memerintahkan Iblis untuk 'sembah' manusia ini, Iblis engkar. Iblis refuse to acknowledge betapa hebatnya manusia ini. Iblis meminta Allah untuk diturunkan ke bumi untuk menyesatkan manusia sehingga Kiamat. Iblis tak kata nak sesatkan orang Islam sahaja, Iblis nak sesatkan seluruh manusia. Iblis tahu bahawa kelebihan dan kekuatan manusia itu adalah kerana diberinya Akal Fikiran yang POWERFUL. Iblis berjanji akan menyesatkan manusia.
OSTB :
Surah 43:37 Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Surah 4:76 Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut. Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
Maka Iblis sentiasa mencari jalan agar manusia BERHENTI menggunakan akal fikiran. Iblis melalui agen2nya akan terus cuba mengelirukan, menghalang dan menyesatkan manusia dengan believe yang bukan2 seperti jangan guna otak, jangan guna logik akal, jangan fikir, ikut saje, jangan tanya, buat saje, abaikan dunia, tinggalkan dunia, buat apa kejar dunia, jadilah miskin lebih baik, jadilah mundur lebih baik...pendekata Iblis berusaha meLEMBUkan manusia.
(Surah 2:268 Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya).
Dulu2 kita teruja menulis atau mewar-warkan sesuatu kemodenan, sains dan teknologi. Kalau tulis karangan, mesti kita akan sebut berkenaan kemajuan sains dan teknologi. Harini, rata2 takut nak tulis atau cakap berkenaan kemajuan sains dan teknologi kerana takut dilabel kan cintakan dunia, tak takut neraka la, tak takut mati la, tak beriman la macam2 lagi. Siapa yg menjadi agen2 iblis ini yg berusaha mengindoktrin kelapa hotak manusia agar berhenti berfikir ini? Kalau bukan agen2 IBLIS.
OSTB : Senarai negara di bawah agen-agen Iblis dan bukan di bawah agen Iblis:
Negara2 yang Iblis berjaya sesatkan biasanya mundur, huru-hara, berbunuhan sesama sendiri, sangat korup dan rendah mutu pendidikannya.
(Surah 2:268 Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya).
Negara yang Iblis tak berapa berjaya sesatkan biasanya maju, bersih dan mengikut Islamic Way of life. Tahap korupsi sangat rendah. Rakyat jujur dan amanah. Tidak berbunuhan sesama sendiri. Negaranya canggih dan maju.
Pilihlah sendiri mana-mana negara ini: Pakistan, Syria, Egypt, Singapura, Jepun, New Zealand, Ireland, Libya, Sudan, negara2 Afrika, Bangladesh, Vietnam, China, USA, Afghanistan, Iran, Iraq, dll.
Jadi akan timbul pula geng-geng dunggu yang akan berkata "mungkin satu hari nanti agen-agen syaitan akan menciptakan teknoloji baru yang boleh buktikan kewujudan hantu dan polong".
Ok kalau begitu, macam mana pula awak yang dunggu tahi lembu sudah pun tahu ada hantu dan polong? Awak pakai teknoloji kepala hotak apa pula? Lebih baik awak tunggu saja lah agen syaitan awak cipta alat elektronik yang boleh buktikan hantu.
Manusia hanya mempunyai LIMA INDRA atau the Five Senses. Sight, sound, smell, taste and touch. Itulah FIVE SENSES atau LIMA INDRA manusia. Atau "Pancaindera".
There is no such thing as SIXTH SENSE atau Indera Nombor 6. Atau Magic Eye atau Third Eye.
Kita hanya mempunyai LIMA INDERA untuk mengenali alam nyata di sekeliling kita -termasuk panaskan susu untuk "melihat" lemaknya, gunakan filem khas untuk "rakam" X ray, guna alat ultra sound untuk "melihat" bayi dalam rahim dsbnya.
Tetapi kita tidak boleh gunakan X ray atau ultra sound untuk menangkap gambar hantu. Sebab hantu tidak wujud.
Hantu berada diluar sempadan "Pancaindera" manusia. Hantu adalah sebahagian daripada alam imaginasi. Bukan alam realiti.
Dalam alam imaginasi Superman boleh terbang dilangit dengan memakai cawat atas seluarnya pula.
Alam imaginasi itu tidak termasuk alam nyata. Imaginasi manusia tidak termasuk yang ghaib pun. Imagination is imagination.
Hantu, polong, puchong semua termasuk imagination saja. Kalau kita percaya imagination kita sebagai realiti, itu boleh sesat. Be advised.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.