`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 20, 2021

Lagi kanak-kanak lemas di Melaka

 

Menurut bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.20 petang Rabu dan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi. (Gambar Facebook Bomba Melaka)

MELAKA: Kurang 24 jam kes lemas membabitkan dua kanak-kanak, satu lagi kes baharu dilaporkan membabitkan golongan itu, semalam.

Kejadian terbaharu berlaku di Jalan Tambak Paya, Kampung Tiang Dua, Ayer Molek membabitkan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Muhammad Faris Firdaus Mohd Sabri, 11, yang ditemui lemas selepas terjatuh di sungai berhampiran.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam kenyataan memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.20 petang dan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi.

“Pihak bomba tiba di lokasi kira-kira 17 minit kemudian dan melakukan ‘size up’ seterusnya mendapati terdapat kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam sungai berkenaan. Seorang pegawai kita telah menyelam dan menemui mayat mangsa kira-kira 4.50 petang,” menurut kenyataan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, dua kanak-kanak yang berusia sembilan tahun ditemukan mati lemas pada Selasa dan pagi tadi di Kampung Gelam, Tanjung Keling. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.