`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 20, 2021

NGO tawar RM2,000 jejak lelaki campak kucing dalam lombong

 

Persatuan Haiwan Malaysia menerima video daripada seorang pengadu memaparkan dua individu berada di kawasan lombong dengan seorang daripadanya dilihat melempar seekor kucing.

PETALING JAYA: Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM2,000 kepada orang ramai yang dapat menjejaki individu melempar kucing ke dalam lombong yang dipercayai berlaku di Johor untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima video daripada seorang pengadu memaparkan dua individu berada di kawasan lombong dengan seorang daripadanya dilihat melempar seekor kucing.

“Salah seorang dilihat melempar kucing berkenaan, manakala rakannya di sebelah hanya menyaksikan tindakan kejam itu.

“Saksi kejadian atau mereka yang mengenali pelaku terbabit atau rakannya diharap dapat menyalurkan maklumat ke WhatsApp 016 6345464,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau turut mengutuk tindakan keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan itu.

“Perbuatan pelaku itu boleh menyebabkan kucing itu mati lemas atau dimakan ikan pemangsa.

“Bagi pihak persatuan, saya kesal kerana masih ada lagi individu tergamak melakukannya dan diharap pelaku itu diheret ke muka pengadilan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.