`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 26, 2021

Padah berkumpul rai Aidilfitri, 30 dikompaun langgar SOP

 

Antara individu yang ditahan di pangsapuri Jalan Tanjung Puteri dan Taman Jaya Putra di Johor Bahru tengah malam semalam kerana melanggar SOP dengan berkumpul untuk meraikan Aidilfitri (Gambar Polis Johor)

PETALING JAYA: Niat 30 individu menyambut Aidilfitri beramai-ramai dengan menyewa pangsapuri tidak kesampaian, selepas ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru tengah malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd Padzli Mohd Zain berkata, semua suspek berusia 16 hingga 29 tahun itu dipercayai menyewa pangsapuri secara berasingan, iaitu dua di Apartmen Jalan Tanjung Puteri dan satu lagi di Apartmen Persiaran Jaya Putra, Taman Jaya Putra, dekat Johor Bahru.

Katanya, 19 lelaki dan 11 wanita terbabit dipercayai menyewa pangsapuri itu selama beberapa hari untuk berkumpul sempena Aidilfitri.

“Ketika ditahan, semuanya yang diperiksa berkumpul di ruang tamu rumah tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mereka dikompaun di bawah Perkara 16 Peraturan-peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.