`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 20, 2021

Wisma MBSA disinari lampu warna bendera Palestin tanda solidariti

 

Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin dipasang di Bangunan Wisma MBSA, Seksyen 14, dari 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak ketinggalan bersama-sama rakyat Malaysia, dan dunia secara amnya, bagi menzahirkan tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis.

Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin dipasang di Bangunan Wisma MBSA, Seksyen 14, dari 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pihaknya berharap langkah ini dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia, khususnya warga Shah Alam, tentang kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

“Kita doakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin serta berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera,” kata beliau ketika dihubungi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.